Lokasi Snorkeling Terbaik Di Pulau Renggis Tioman
|Lokasi Snorkeling Terbaik Di Pulau Renggis Tioman. Pulau Tioman memang menjadi antara pilihan terbaik peminat pulau di Malaysia dan juga Asia. Di Pulau Tioman ini banyak lokasi snorkeling yang cantik dan menarik menjadi tumpuan pelancong dunia datang ke Pulau Tioman, Pahang. Memang kena dengan musim Tahun Melawat Malaysia 2014, Pulau Tioman memang semakin hari semakin dikunjungi pelancong dalam dan luar negara.
Antara lokasi yang terkenal untuk snorkeling di sekitar Pulau Tioman ialah Pulau Rengis. Ia terletak di persisir Pulau Tioman dan memang menjadi pilihan utama pemandu pelancong membawa pengunjung ke sini.
Baca : Jeti Mersing Ke Pulau Tioman
Lokasi Snorkeling di Pulau Rengis
Pemandangan Indah Underwater Pulau Tioman
Di lokasi snorkeling Pulau Rengis ini memang mempunyai ribuan ikan-ikan laut yang jinak serta terumbu karang yang masih cantik. Kedudukan lokasi yang sangat sesuai, kurang ombak dan juga riak air yang agak tenang memang sesuai untuk pelancong untuk berenang dan snorkeling melihat keindahan terumbu batu karang dan bermain dengan ikan sekitar Pulau Rengis ini.
Kalau anda tidak tahu berenang, jangan risau. Pakai sahaja jaket keselamatan dan anda akan terapung dan berpeluang untuk snorkeling melihat ke dalam air yang sangat jernih. Di samping itu, anda berpeluang main-main dengan ikan-ikan laut yang cantik ini. Sangat jinak dan ia memang sesuatu pengalaman yang menakjubkan. Rasai sendiri kenangan snorkeling di Pulau Renggis.
Ya, ramai yan gkata Snorkeling Terbaik Di Pulau Renggis. Sudah pasti snorkeling di Pulau Renggis di Tioman ini akan memberikan anda satu pengalaman baru dan mengujakan. Cuba sendiri dan anda pasti terpesona dengan aktiviti snorkeling di Pulau Rengis, Tioman.