Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Snow Mobile Di Rusutsu Resort Hokkaido Japan

Tarikan utama di Hokkaido adalah Musim Sejuk yang menawarkan pengalaman salji yang terbaik di Jepun. Winter Season di Hokkaido antara musim terbaik dan lokasi sekitar Hokkaido bagaikan bandar putih yang cantik. Pengalaman Snow Mobile Di Rusutsu Resort Hokkaido Japan menjadi pengalaman MrJocko buat pertama kali merasai salji.

Ditambah dengan pilihan pelancong seluruh dunia, salji di Hokkaido, lebih lagi di sekitar Rusutsu Resort adalah antara salji terbaik di dunia kerana kualiti salji yang lembut, halus dan bersih.

Pengalaman Snow Mobile Di Rusutsu Resort Hokkaido Japan

Pengalaman Snow Mobile Di Rusutsu Resort Hokkaido Japan

Hari Kedua di Hokkaido, kami berada di Rusutsu Ski Resort Hokkaido. Rusutsu Resort menjadi tarikan pelancong seluruh Jepun dan luar negara sepanjang musim. Kalau diluar musim sejuk, mereka punyai taman tema di luar dan mempunyai pelbagai mainan ‘rides’ yang mengujakan. Namun, bila tiba musim sejuk, kawasan ini ditutup dan lebih meriah dengan permainan lain seperti ski, snow boarding, snow mobile dan juga pelbagai mainan berkaitan dengan salji.

MrJocko dan beberapa rakan Blogger, turut dibawa untuk merasai pengalaman bermain salji. Untuk pertama kali, kami di bawa untuk merasa menaiki snow mobile di Rusutsu Resort Hokkaido.

Info tentang Rusutsu Resort Hokkaido boleh dilayari di laman web rasmi ini http://www.hokkaido-rusutsu.com

Pengalaman Snow Mobile Di Rusutsu Resort Hokkaido Japan

Pengalaman Snow Mobile Di Rusutsu Resort Hokkaido Japan

Pengalaman Snow Mobile Di Rusutsu Resort Hokkaido Japan

Pengalaman Snow Mobile Di Rusutsu Resort Hokkaido Japan

Memandangkan keselamatan menjadi keutamaan di sini, walaupun menaiki snow mobile tidak merbahaya, tetapi faktor keselamatan diutamakan. Pastinya, perlu ada sedikit taklimat ringkas tentang penggunaan Snow Mobile kepada semua peserta. Mudah jer pun. Seperti menunggang motorsikal, malahan lebih mudah kerana ia agak susah untuk jatuh atau terbaik jika dikendalikan dengan keadaan biasa.

Hanya memerlukan dua belah tangan dengan pengawalan yang sederhana, boleh memandu snow mobile dengan mudah.

Pengalaman Snow Mobile Di Rusutsu Resort Hokkaido Japan

Pengalaman Snow Mobile Di Rusutsu Resort Hokkaido Japan

Pengalaman Snow Mobile Di Rusutsu Resort Hokkaido Japan

Teruja kerana pertama kali memandu Snow Mobile di Rusutsu Resort Hokkaido. Ia antara pengalaman terbaik di Hokkaido. Menyusuri laluan salji yang tebal dan mengikuti laluan sedia ada, sambil menikmati pemandangan cantik sekitar Rusutsu Skir Resort Hokkaido dan juga kawasan sekitar. Mengagumkan, antara Ciptaan Allah yang menjadi idaman ramai.

Untuk cerita Hokkaido, baca di entry ini http://www.mrjocko.com/tag/hokkaido

Pengalaman Snow Mobile Di Rusutsu Resort Hokkaido Japan

Pengalaman Snow Mobile Di Rusutsu Resort Hokkaido Japan

Kalau nak tahu berapa harga sewa Snow Mobile di Rusutsu Resort Hokkaido, boleh baca informasi di bawah.

Tarikh Di Buka : Dari Pertengahan Disember hingga Akhir Mac
Tempoh Masa : 15 minit hingga 120 minit
Masa : 9:00 am – 4:00 pm
Lokasi : Snow Activity Land
Price :
Beginner Course (15 min): JPY 3,240 / JPY 4,860 untuk 2 orang (driver+passenger)
Touring Course (30 min): JPY 6,480 / JPY 8,640 untuk 2 orang (driver+passenger)
Long Touring Course (60 min): JPY 10,800 / JPY 15,120 untuk 2 orang (driver+passenger)

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.