Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Soalan Berkenaan SRJKC Dari Seorang Pembaca

Beberapa hari lepas, MrJocko dapat mesej dari salah seorang pembaca MrJocko.com perihal Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Ini Soalan Berkenaan SRJKC Dari Seorang Pembaca pertama yang MrJocko terima dari Komen Blog. Soalan dari kawan kita ni, “macamana nak jawab, untuk alasan yang (boleh) buatkan hati ibubapa senang hati untuk menghantar anak-anak ke Sekolah Aliran Bahasa Cina?”
MrJocko berpendapat, menghantar anak-anak ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina merupakan satu inisitif yang berbeza dan ia perlu pengorbanan yang lebih, berbanding sekolah kebangsaan biasa, bagi ibubapa yang berbangsa Melayu dan tidak pandai bertutur dan menulis dalam bahasa Mandarin.
Ini kerana, sejak dari Tadika lagi, seawal usia 5 tahun, kanak-kanak yang berada di aliran sekolah Cina akan melalui proses pembelajaran yang lebih agresif berbanding kanak-kanak di tadika biasa. Sejak dari tadika cina, anak-anak MrJocko akan mempunyai sekurang-kurangnya 1 homework dan paling banyak 3 homework dalam masa sehari. Sedangkan, ada kawan-kawan MrJocko memberitahu, anak-anak mereka, yang Darjah 3 di sekolah kebangsaan biasa, jarang ada homework.
Apapun, terpulang kepada ibubapa juga untuk menentukan anak-anak mereka berjaya. Tak semestinya hantar anak ke sekolah aliran bahasa Cina, anak akan jadi pandai. Cuma, MrJocko sendiri, mahukan anak-anak belajar Bahasa Mandarin sebagai bahasa ketiga mereka selepas Bahasa Melayu dan Inggeris.
Dari segi subjek Matematik pula, MrJocko rasa ada banyak perbezaan dalam corak pengajian di sekolah aliran bahasa Cina ni. Matapelajaran lain, pun berbeza. Maklumla, semua subjek, diajar dalam bahasa Mandarin, semestinya ia berbeza dengan sekolah kebangsaan biasa.
Jadi, sekiranya ada keinginan nak hantar anak-anak ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira :
1. Hantar anak-anak ke Tadika Cina seawal umur 5 tahun.
2. Bersedia untuk dapatkan 2-3 kamus Mandarin dan jika ada budget yang lebih, belikan Kamus Elektronik.
3. Luangkan lebih masa untuk homework anak-anak selepas Maghrib sehingga habis homework. Ini antara cabaran yang paling besar.
4. Tuisyen untuk mata pelajaran Mandarin itu WAJIB.
5. Kos untuk bantuan pembelajaran anak-anak di sekolah jenis kebangsaan cina mahal sedikit dari sekolah biasa.
6. Jika ada anak ramai, kalau boleh, hantar kesemuanya ke sekolah jenis kebangsaan cina tersebut supaya mudah anak-anak kita berinteraksi sesama mereka. Ini penting untung memperkuatkan bahasa Mandarin mereka.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.