Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kabare Jakarta Trip Part 2 Soekarno Hatta Airport

Soekarno Hatta Airport

 

Selepas lebih dua jam kami berlepas dari LCCT, kami selamat sampai dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta Airport Terminal 3 di Jakarta. Tiada kelewatan dan tepat seperti di jadualkan. 

 

Sampai sahaja, kami dibawa menaiki bas untuk ke bangunan terminal, walaupun jarak perjalanan cuma sekitar 500 meter sahaja. Thumbs up untuk itu. Servis terbaik.

 

Urusan imigresen, kastam serta airport prosedur pun agak cepat. Dalam beberapa minit, kami semua selesai check-out dan sudah berada di luar terminal 3, Soekarno Hatta International Airport.

 

Selesa urusan di Soekarno Hatta Airport, kami terus ke kaunter pertanyaan untuk mendapatkan Taksi dari Airport ke Stesen Keretapi Gambir, tetapi terpaksa tolak kerana tambang Teksi dari Terminal 3 ke Stesen Gambir dikenakan charge servis Rp450,000 bersamaan RM145. Mahal tu.

 

Tukar plan, kami ambil bas kota sahaja. Kami ke lajur 4 dan menunggu bas DAMRI untuk ke Stesen Gambir. Murah, satu seat hanya Rp25,000 sahaja dan MrJocko ambil 3 seat, total hanya Rp75,000 atau bersamaan RM24 sahaja. Sangat murah kan???

 

Ada lagi yang best menaiki Bas Damri. Nanti kita sambung yer…

 

 

Soekarno Hatta Airport

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.