Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Solat Jumaat Di Masjid Taipei Grand Mosque Taiwan

Kalau ditanya, bagaimana keadaan orang Islam yang berada di Taipei khususnya melakukan Solat Jumaat, boleh baca artikel ini. Ini antara perkongsian sahabat saya yang menetap di Taipei, bagaimana situasi Solat Jumaat Di Masjid Taipei Grand Mosque Taiwan. Ia masih meriah dengan kehadiran ramai Ummat Islam sekitar Taipei untuk melakukan Ibadah Solat Jumaat.

Taipei Grand Mosque (Masjid Besar Taipei) adalah Masjid paling aktif dan paling besar di Taiwan. Lokasinya telah menjadi pusat pendidikan Agama Islam dan juga pusat penyebaran Islam sejak puluhan tahun yang lepas.

Baca : Percutian Halal Muslim Ke Taiwan

Solat Jumaat Di Masjid Taipei Grand Mosque Taiwan

Solat Jumaat Di Masjid Taipei
Masjid Taipei Grand Mosque Taiwan

Solat Jumaat Di Masjid Taipei

Solat Jumaat Di Masjid Taipei
 

Oleh kerana disini menjadi pusat perjumpaan dan juga ibadah ramai Orang Muslim di Taipei, ada banyak aktiviti berkaitan Islam dianjurkan di sini. Solat Fardu setiap hari ada Imam dan juga Azan (dalam suara yang sederhana) dan juga semestinya Solat Jumaat setiap minggu.

Seperti hari ini, hari Jumaat, akan ada ramai peniaga Muslim akan membuka gerai jualan menjual produk Halal Muslim di sini termasuk makanan-makanan yang sedap-sedap.

Jadi, jika nak rasa pelbagai menu tradisional Halal di Taiwan dengan tanpa was-was dan menu halal, boleh la datang ke Taipei Grand Mosque Taiwan.

Informasi tentang Solat Jumaat di Taipei Grand Mosque

“Jumu’ah (Friday Prayer) is held between 12:00-1:15 PM. The Imam at the mosque is Omar Ayash (歐馬). The mosque has an enormous greenish-bronze domed roof at a 15 meters height and 15 meters of diameter, and is supported entirely without beams”

Saya sendiri pernah bertemu dengan Imam Besar Masjid Taipei ini dan diberikan penerangan khusus tentang aktiviti Muslim di sini. Kami faham cabaran mereka, golongan Minoriti di sebuah negara Non-Muslim memang mencabar.

Baca : Pengalaman di Masjid Besar Taipei di Taiwan.

Oleh itu, jika anda nak ke Taipei, saya sendiri mengalu-alukan kedatangan anda ke sana. Sudah ada banyak destinasi Halal dan Friendly Muslim di seluruh Taiwan. Boleh baca di pautan di bawah dibawah sokongan kuat Tourism Taiwan.

Travel Taipei Halal

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.