Site icon Travel Blogger Malaysia

Sony Perkenal Koleksi 1000X Series Truly Wireless Headphones

Peminat audio di Malaysia khususnya pasti suka dengan produk terbaru dari Sony Malaysia ini. Ia satu koleksi yang memenuhi pilihan pengguna. Dari headphones hingga earphones, produk ini dikatakan antara yang terbaik. Hari ni, secara rasmi di Malaysia Sony Perkenal Koleksi 1000X Series Truly Wireless Headphones yang pasti memukau ramai pengguna.

Untuk yang menghayati muzik dan mahukan bunyi yang sempurna, koleksi headphone dan earphones dari Sony ini mesti menjadi keutamaan korang. Bukan sahaja rekaan yang cantik, tapi kualiti yang ditawarkan antara yang terbaik dalam range market di dunia.

Sony Perkenal Koleksi 1000X Series 

Sony Perkenal Koleksi 1000X Series Truly Wireless Headphones

 

Dengan pengumum ini, fon kepala tanpa wayar  (wireless headphone), rangkaian 1000X Series baru direka bentuk dengan rekaan terkini. Tidak hairan, mereka berjaya menang Anugerah Sony MDR-1000X.

Untuk model WH-1000XM2, ia direka bentuk yang lebih selesa untuk telinga. Fungsi yang paling menarik ialah mempunyai penyambungan bunyi bising dan sambungan Bluetooth tanpa wayar dengan kualiti hi-res.

Jangka hayat bateri ditambah baik ke atas model baru ini dengan XM2s dikatakab boleh bertahan sehingga 38 jam. Lama tu. maksudnya korang boleh guna sehingga beberapa hari tanpa pengecasan baru.

 

 

 

Secara peribadi, MrJocko lebih suka model Headphones berbanding earphones. Ini kerana kebiasaan bila memakai earphone, telinga akan jadi tidak selesa. Tetapi tidak dengan earphones Sony WI-1000X dan juga Sony WF-1000X. Satu pengalaman bunyi dengan keselesaan di telinga.

Bunyi agak kemas, tidak banyak bunyi luar yang mengganggu dan kualiti bunyi masih di tahap terbaik.

 

Kalau nak dapatkan bunyi muzik terbaik, sudah pasti kena padankan Sony 1000X series ini dengan produk Walkman dari Sony. 

 

 

Koleksi Sony 1000X Series ini boleh didapati di Sony Malaysia dan rangkaian jualan sah mereka seluruh negara bermula pada 19 November 2017. Harga jualan runcit bagi WF-1000X ialah MYR899, WI-1000X ialah MYR1,499 dan headphone WH-1000X ialah MYR1,599.

Seperti biasa, nak tahu lebih lanjut layari laman web Sony Malaysia. Kalau nak baca koleksi Product Review jenama Sony oleh MrJocko baca di link ini www.mrjocko.com/tag/sony

Exit mobile version