Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sorae Marsh Ecological Park Incheon

Satu destinasi menarik di Incheon, Korea Selatan yang mungkin tak ramai yang tahu. Ia dikenali dengan nama The Sorae Marsh Ecological Park Incheon. Dahulu, ia adalah sebuah kawasan yang digunakan untuk memproses garam, sehingga tahun 1996.

Bagi backpakers, untuk ke Sorae Marsh Ecological Park Incheon, boleh menggunakan perkhidmatan keretapi atau LRT. Dari Incheon Airport ia mengambil masa selama 1 jam 45 minit dan dari Seoul Station, ia mengambil masa sekitar 1 jam 25 minit. Untuk yang memandu, boleh pandu dengan mudah, ia terletak antara Incheon Airport menuju ke Seoul.

Baca : Review Hotel Grand Ambassador Di Seoul South Korea

 


Sorae Marsh Ecological Park Incheon

Sorae Ecological Park

Sorae Ecological Park Incheon

Sorae Ecological Park

Baca : MrJocko dan Tempat Menarik di Korea

Kini lokasi ini telah menjadi taman yang cantik sejak tahun 2009. Ia telah dikemaskan dengan padang yang rata, lorong saluran pasang surut, dan dijadikan lapangan garam tertutup sebagai habitat ekologi untuk pelbagai kehidupan laut dan penghijrahan burung.

Taman Ekologi Sorae ini (Sorae Marsh Ecological Park) juga menyediakan sejarah untuk kemudahan dan rumah Pusat Pembelajaran Alam, di mana pengunjung dapat mempelajaran pengalaman melihat cara pengeluaran garam laut dan mempelajari lebih lanjut mengenai pelbagai hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan yang hidup di paya.

Ia beroperasi setiap hari, kecuali hari Isnin bermula jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang. Kemasukkan terakhir ialah sejam sebelum waktu ia ditutup.

Sorae Ecological Park Incheon

Sorae Ecological Park Incheon
Sorae Ecological Park

Sorae Ecological Park Incheon

Sorae Ecological Park Incheon

Sorae Ecological Park Incheon

Sorae Ecological Park Incheon

Antara kemudahan lain yang menarik ada Sorae Marsh Ecological Park ialah Pergola, dek memantau, eco experience facilities, jambatan kayu, windmills
jambatan Buingyo, kawasan paya, takungan kawasan garam, laluan penjelajahan, lounge, dan perkhidmatan sewa basikal.

Kemudahan asas lain juga ada termasuk ruang parkir kenderaan, bilik air, restoran dan tempat makan serta kedai cenderahati.

Jadual aktiviti di Sorae Marsh Ecological Park :

Summer Season (April-October): Salt-making process, tidal flat experience, exhibition hall visit

Winter Season (November-March): Exhibition hall visit (Salt-making stopped during the winter season)

Informasi tambahan kepada yang ingin ke sini menggunakan perkhidmatan awam, boleh naik Subway dan berhenti di Oido Station (Seoul Subway Line 4), Exit 1, 2. Kemudian, boleh ambil teksi ke Sorae Ecology Park (소래습지생태공원) dengan perjalanan sejauh 15 minit sahaja.

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Korea Tourism Visit Korea Sorae Marsh Ecological Park

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.