Site icon Travel Blogger Malaysia

Bangunan St Basil’s Cathedral Paling Terkenal Di Russia

Rata-rata yang telah pergi melancong ke Russia, khususnya rakan-rakan dari malaysia, pasti akan singgah untuk mengabdikan kenangan bergambar di sini. Bangunan St Basil’s Cathedral Paling Terkenal Di Russia. Ia menjadi tarikan utama pelancong ke Moscow, Russia. Bukan sahaja kerana senibinanya yang sangat unik dan cantik, tetapi ia punyai sejarah yang tersendiri.

St Basil’s Cathedral telah dibina pada Kurun Ke-16 oleh arahan lelaki yang dikenali sebagai ‘Ivan the Terrible’. Sejak ia dibina, ia menjadi tarikan ramai pelancong untuk datang ke Moscow. Ia sememangnya tempat menarik di Russia.

Baca : Cara Apply Visa Ke Russia

st basil’s catheral di russia

 


St Basil’s Cathedral Paling Terkenal Di Russia

St_Basils_Cathedral_Russia
 

Ramai yang menganggap struktur binaan ini antara bangunan hebat di dunia dan ada yang melancong ke sini untuk melihat sejarah yang ada di Moscow. Ada sesuatu yang tersembunyi tentang bangunan St Basil’s Cathedral ini.

Ada yang mengatakan, St Basil’s Cathedral ini dibangunkan sejak tahun 1555 oleh arkitek, Postnik Yakovlev. Kemudian, selepas bangunan ini siap, dia telah dibutakan oleh pemimpin ketika itu, Ivan the Terrible. Ia bertujuan supaya, arkitek hebat itu tidak lagi boleh membina bangunan lain seindah St Basil’s Cathedral Moscow.
 


 

St Basil’s Cathedral Russia

Ada juga sumber mengatakan, Napoleon mahu memusnahkan bangunan ini kerana ia tidak boleh dibina di Paris. Nak tahu lebih lanjut boleh la Google sendiri tentang sejarah pembinaan St Basil’s Cathedral ini.

Gereja Ortodoks Rusia ini terletak di pintu masuk The Red Square yang terkenal di Russia. Ada yang memberi namanya sebagai jolokan “Stone Flower” untuk memperingati kemenangan Perang Russia – Kazan yang awalnya dibangun dari gereja kayu Trinity Church. Menurut sejarahnya, Cathedral ini dinamakan Saint Basil atau Basil yang bermaksud “terberkati’.
 

St. Basil’s Cathedral Musim Bunga
Dalam bangunan St Basil’s Cathedral


 

Baca : MrJocko dan Travel Ke Russia

Kini, bangunan ini telah dijadikan sebagai Muzium dan dibuka kepada orang awam untuk melihat sendiri koleksi-koleksi menarik yang ada di dalam bangunan St Basil’s Cathedral Moscow ini.

Bayaran tiket masuk ke St Basil’s Cathedral ialah RUB500 (MYR31) untuk dewasa dan ia adalah harga yang agak murah.

Anda akan dapat melihat St Basil’s Cathedral ini semasa lawatan di Red Square. Jika ada lebih banyak masa, boleh la melawat muzium yang diiringi oleh pemandu pelancong Moscow. Ketika itu, anda dapat tahu lebih lanjut mengenai sejarah dan seni bina St Basil’s Cathedral Moscow ini.

Sumber : Bridge To Moscow

Exit mobile version