Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sambutan Star Wars Day Di Legoland Malaysia Bulan Mei 2016

‘May Force Be With You’ adalah antara dialog yang memang sinonim dengan filem Star Wars. Oleh kerana ia adalah antara yang sinonim dengan filem Star Wars, bulan May dipilih oleh Legoland Malaysia untuk menganjurkan perarakan dan himpunan peminat-peminat filem Star Wars seluruh Malaysia dan juga luar negara bertempat di taman tema LEGOLAND® Malaysia.

Oleh itu, pihak Lego dan juga Legoland Malaysia telah mengumumkan akan mengadakan sambutan Star Wars Days di LEGOLAND® Malaysia Resort yang mana kali ini ia bakal menambah satu lagi daya tarikan di Star Wars Miniland Legoland.

Baca : Berapa Harga Tiket Di Legoland Malaysia Johor Bahru

Star Wars Day Di Legoland Malaysia Bulan Mei 2016

 
Star Wars Day Perarakan Di Legoland Malaysia

 

Seperti kebiasaannya di Perarakan Star Wars Day di lokasi Legoland seluruh dunia, hari tersebut, peminat Star Wars di galakkan untuk mengenakan kostum watak-watak Star Wars pilihan mereka sebagai menunjukkan sokong kepada aktiviti yang akan di jalankan di dalam Legoland.

Untuk info, anda dan anak-anak anda yang mengenakan pakaian atau kostum Star Wars akan dibenarkan untuk memasuki taman tema Legoland Malaysia secara PERCUMA pada hari 7 dan 8 May 2016. Oleh itu, bersedia untuk memilih samada memakai kostum ‘white side’ atau ‘dark side’ sebagai salah satu cara untuk menyertai perarakan dan perhimpunan Star Wars Day di Legoland ini.

Ada lagi yang menarik bakal menemui semua peminat Star Wars tanahair. Kapal angkasa lagenda di dalam filem Star Wars yang diberi nama Millenium Falcon terbesar akan dibina dengan menggunakan lebih dari 200,000 bongkah lego. Ia adalah antara kapal angkasa Millennium Falcon terbesar pernah dibina dengan menggunakan Lego.

lego millennium falcon

 

Binaan unik kapal angkasa ini adalah hasil pasukan pemasang Master Lego, Daniel Steininger dan Christopher Steininger yang meman terkenal dengan binaan Lego yang hebat. Mereka berdua akan menyiapkan binaan Millennium Falcon bermula 30 April sehingga 3 May 2016.

Untuk anda sekeluarga, sepanjang kempen Star Wars Day ini di LEGOLAND® Malaysia Resort, mereka sedang mengatur pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung-pengunjung yang akan ke taman tema Legoland. Antara yang boleh anda turut serta ialah pertandingan merekacipta “Lego Star Wars Starship” berdasarkan kreativiti masing-masing.

“Lego Star Wars Starship” ini akan bermula pada 21 April 2016 sehingga 8 May 2016. Ibubapa dan anak-anak mereka diberi peluang mencipta kapal angkasa mengikut kreativiti masing-masing. Sertai pertandingan ini denfan merekacipta kapal tersebut, ambil gambar anda bersama kapal terbang ciptaan anda dan kongsi di laman Facebook LEGOLAND® Malaysia Resort dengan meletakkan hastag #MasterYourForce.

Seramai 10 pemenang paling kreatif dan menarik akan menerima hadiah dan akan disampaikan pada 14 May 2016 nanti.

Star Wars Day Perarakan Di Legoland Malaysiastar_wars_day_legoland_press_conference_01 Star Wars Day Perarakan Di Legoland Malaysia

 

Untuk peminat Star Wars, ini mesti sesuatu yang anda tunggu-tunggu. Ini peluanb terbaik anda untuk show-off atau berkongsi minat anda dengan orang lain. Bagi anda yang lain, ini juga peluang anda untuk merasai kemeriahan aktivit yang julung-julung kali di adakan di Legoland Malaysia secara besar-besaran.

Beberapa perkara lain mesti akan menjadi perhatian ketika event di Legoland Malaysia ini, so, nak rasakan kemeriahan dan aktiviti menarik di samping tawaran dan jualan produk-produk eksklusif di Star Wars Day Legoland Malaysia, ambil peluang ini bersama keluarga, anak-anak atau dengan rakan-rakan anda.

Star Wars Day Perarakan Di Legoland Malaysia star_wars_day_legoland_press_conference_06 Star Wars Day Perarakan Di Legoland Malaysia Star Wars Day Perarakan Di Legoland Malaysia star_wars_day_legoland_press_conference_10

 

Jadi, ini masa sesuai untuk anda dan keluarga untuk bersama-sama dalam kemeriahan Star Wars Day di Legoland Malaysia, Johor Bahru. Masa untuk bersama-sama sertai kegembiraan dan kemeriahan di Legoland Malaysia.

May Force Be With You Legoland Malaysia

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.