Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Status Halal Restoran Pelita

Ramai juga kawan-kawan yang tertanya-tanya samada menu makanan di Restoran Mamak Pelita boleh dikategorikan sebagai Halal atau tidak berikutan katanya owner Restoran Pelita ni adalah seorang yang bukan Islam.
Sehinggalah MrJocko baca Kenyataan Akhbar dari pihak berkaitan AnsarCormp yang merupakan pihak bertanggungjawab ke atas sijil halal dan penasihat halal (mungkin) bagi pihak Restoran Pelita.
Ini adalah sedikit kenyataan dari pihak AnsarComp “Pra-Audit dari pihak AnsarComp telah diadakan sebelum audit dari pihak JAKIM sehinggalah Restoran Pelita Nasi Kandar telah sah mendapat sijil halal pada 1 Mei 2012.”
Dalam kenyataan tu tak nyatakan pula restoran Pelita mana satu yang halal, atau status halal itu mungkin untuk semua Restoran Pelita. Jadi, kenyataan dari pihak terbabit dah ada, maka sesiapa yang nak singgah makan di Restoran Pelita boleh la ambik keputusan sendiri.
Jocko pernah singgah makan di Pelita area blakang Masjid KLCC, Pelita Ampang, Pelita Seksyen 9, Plaza masalam, Shah Alam dan Pelita Hartamas. Sebelum ni memang tak tahu status sebenar. Maklumat lanjut pasal status halal restoran pelita ni boleh singgah di laman web AnsarComp

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.