Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Status Terkini Jangkitan Covid19 Malaysia 5 Oktober Membimbangkan

Selama kita di Malaysia terkesan dengan wabak pandemik Covid-19, saya lebih terkesan dengan kenaikan mendadak kes baru Covid-19 sejak beberapa minggu yang lalu. Semalam, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, ada 432 Kes Baru Covid-19 di seluruh Malaysia. Status Terkini Jangkitan Covid19 Malaysia 5 Oktober Membimbangkan dan ia perlu dihentikan segera.

Bayangkan dengan kelekaan kita mengikut SOP (Standard of Procedures) yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan Kementerian Kesihatan, wabak ini akan terus menular dan berjangkit hari demi hari kepada sesiapa sahaja yang berisiko, lebih-lebih lagi kepada mereka yang tidak menjada SOP seperti jarak 1 meter dan memakai penutup muka.

Baca : Kesan Pandemik Covid-19 Di Malaysia

 



 

Status Terkini Jangkitan Covid19 Malaysia 5 Oktober Membimbangkan

Status_Terkini_Covid19_Malaysia_5_Oktober copy
 

Kalau sebelum ini penularan wabak ini mula merebak cepat dengan Kluster Tabligh, kemudian ia kembali merebak dengan Kluster Mamak di Kedah, kemudian baru-baru ini dengan beberapa Kluster di Sabah.

Berkebetulan dengan Pilihan Raya Negeri Sabah, ia kembali menular hingga ke Semenanjung. Tidak mahu nak tuding jari kepada mana-mana pihak, nampaknya jika tidak dibendung segera sampai bila-bila pun kita di Malaysia akan terus begini. Berada dalam persekitaran Covid-19 yang tidak berkesudahan.

Kalau dulu, jarang dengar kes berlaku di shopping mall. Namun sejak dua menjak ini, ia mula merebak dalam beberapa pusat membeli belah terkenal di Malaysia seperti di NU Sentral, 1Utama, Paradigm Mall dan beberapa shopping mall yang lain.

Oleh itu, sebaiknya, sekiranya kita tidak ada urusan yang penting, stay at home (tinggal lah di rumah). Elakkan berada di kawasan yang sesak dengan manusia untuk mengelakkan dari risiko penularan penyakit ini.

Kita mungkin mengambil langkah berjaga-jaga dan menjaga kebersihan, tetapi orang lain mungkin leka atau lupa untuk menjaga jarak selamat dan kebersihan mereka.
 

Covid-19 Shopping Mall NU Sentral

Covid-19 Shopping Mall 1Utama

Covid-19 Shopping Mall Paradigm Mall

 



 

Beberapa sekolah di Malaysia turut diarahkan menutup sesi pengajian mereka termasuk kebanyakkan Universiti dan Pusat Pengajian Tinggi kerana bimbang ia akan terdedah kepada bahaya penularan wabak penyakit ini.

Dengan jumlah 432 kes baharu Covid-19 di Malaysia pada pengumuman 5 Oktober 2020, kita berharap supaya ia akan kembali turun dengan segera. Jika ia terus menunjukkan angka yang tinggi, kita rakyat Malaysia mungkin akan berdepan dengan Gelombang yang lebih teruk, bukan hanya bahaya kepada penyakit, malah kepada sosio-ekonomi rakyat keseluruhannya.

Pray For Malaysian

Semak informasi terkini tentang STATUS SEMASA COVID19 MALAYSIA

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.