Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Stesen Bullet Train Shinkansen Shin Osaka Jepun

Sampai sahaja di Kansai Airport, Osaka, kami dibawa terus menuju ke Shin Osaka Station, Stesen Keretapi Laju (Bullet Train) yang terkenal di Osaka. Di Shin Osaka Station ini, terletak Shinkansen yang menghubungkan dua bandar utama di Jepun iaitu Tokyo ke Osaka dan Osaka ke Fukuoka. Bullet Train Shinkansen di Jepun antara yang terkenal di negara.

Bangunan yang agak besar, terletak ditengah-tengah kota Osaka dan mudah akses dari semua sudut. Di sini, terhimpun semua kemudahan kenderaan awam termasuk keretapi, bas dan juga teksi.

Baca : Pengalaman Naik Keretapi Laju Jepun Shinkansen

 


Stesen Bullet Train Shinkansen Shin Osaka Jepun

Stesen Bullet Train Shin Osaka, Jepun

Shinkansen Tokyo ke Osaka sudah mencapai umur 50 tahun, dan merayakan Jubli Emas ini pada tahun ini. 

 

Penerbangan MAS dari KLIA ke Osaka, Jepun

Shin Osaka ke Hakata, Fukuoka Station Guna Shinkansen

 

Stesen Bullet Train Shinkansen Shin Osaka, Jepun

 

 

 

Dari Kansai Airport, Osaka, ia mengambil masa sekitar 45 minit perjalanan dari lapangan terbang itu sehingga ke Shin Osaka Shinkansen Station. Lokasi Shin Osaka Station terletak di kawasan tengah bandar Osaka dan berhampiran dengan Yodo-gawa River.

 

Di Shin Osaka Station, Bullet Train Shinkansen ini memang padat dengan rakyat Jepun yang memang dah biasa menggunakan perkhidmatan Bullet Train Shinkansen. Ada antara mereka yang guna Shinkansen untuk ke Tokyo atau Fukuoka untuk urusan mesyuarat dan ia satu trip paling mudah dan selesa kerana sejauh 610km itu hanya memakan masa 2 jam 30 minit sahaja.

 

 

 

Stesen Bullet Train Shinkansen Shin Osaka, Jepun

 

Stesen Bullet Train Shinkansen Shin Osaka, Jepun

 

 

 

Tiket Japanese Bullet Train, Shinkansen dari Tokyo menuju Shin Osaka ialah sekitar JPY14,200 dan dari Shin Osaka ke Fukuoka sekitar JPY15,310. Kalau dari Tokyo, menuju terus ke Fukuoka, ia akan memakan masa selama 5 jam sahaja walaupun perjalanan sejauh lebih 1,200km.

 

 

 

 Shinkansen Shin Osaka Ke Hakata Stesen Yang Akan Di Lalui

Stesen Bullet Train Shinkansen Shin Osaka, Jepun

 

 

 

Di Shin Osaka Station ini memang agak selesa kerana mereka menyediakan tempat duduk yang cukup, ruang kedai makan, mini market dan ruang informasi untuk pelancong dapatkan bantuan. Ada banyak benda yang boleh anda buat di Shin Osaka sementara menunggu bullet train anda sampai. Kekerapan Shinkansen ialah sekitar 15 minit bagi setiap perjalanan.

 

 

 

Stesen Bullet Train Shinkansen Shin Osaka, Jepun

 

Stesen Bullet Train Shinkansen Shin Osaka, Jepun

 

 

 

Peluang menaiki Shinkansen, Japanes Bullet Train dari Shin Osaka ke Hakata, Fukuoka memang satu pengalaman baru dan terbaik. Ini kali pertama MrJocko menaiki keretapi laju yang boleh mencecah kelajuan sekitar 270km/j hingga 300km/j ini. Ia memang terbaik… Terima kasih kepada penaja tiket Shinkansen dari Fukuoka City Government.

 

Tunggu ulasan lebih lanjut di Majalah LIBUR dan juga cerita lanjut di blog MrJocko.com

 

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.