Steve Jobs Resigned as Apple’s CEO
|Ramai yang terkejut dengan berita perletakkan jawatan Steve Jobs, CEO Apple, syarikat yang kini gah dengan jenama MacBook, Ipod, Ipad dan juga sofware-software dengan jenama Apple.
Di saat Apple sudah berada dikemuncak, Steve Jobs meletak jawatan kerana masalah kesihatan beliau yang semakin lama semakin teruk. Tengok saja perubahan wajah beliau, sangat berbeza sewaktu beliau sihat.
Steve Jobs ni merupakan Co-Funder Apple sejak 1976 bersama dengan Steve Wozniak. Dulu Steve jobs ni sudah mengambil cuti sakit selama beberapa bulan pada tahun 2009 untuk buat liver transplant. Awal tahun 2011 pun beliau undur sekejap kerana masalah kesihatan. Skang, akibat masalah kesihatan, beliau terpaksa meletakkan jawatan sepenuhnya kerana mahu memberi peluang kepada orang lain meneruskan legasi Apple.
Kesan perletakkan jawatan Steve Jobs mungkin tidak begitu drastik, tetapi, secara normal, bila seseorang CEO meletak jawatan atau bertukar, sedikit sebanyak memberi kesan kepada harga saham syarikat tersebut, samada naik atau turun. Dalam kes Apple ni aku rasa, memandangkan ramai yang tau kredibiliti Steve Jobs sebelum ini, mungkin akan melihat ia satu kehilangan yang besar kepada Apple.
Tapi, pengganti Steve Jobs, iaitu Tim Cook pun tidak kurang hebat jugak. Mungkin dalam masa beberapa bulan ni, Tim Cook pastinya akan meneraju Apple mengikut acuan dia sendiri dan mungkin berlainan dari cara Steve Jobs sebelumnya.
Harap-harap harga Ipad3 akan murah dan mungkin ada produk baru yang lagi bagus dari Apple. 🙂
MrJocko.com