Street Food Best Mamam Place Kampung Baru Lorong Raja Bot KL
Kalau di Kuala Lumpur, syurga makanan pastinya hanya di Kampung Baru. Cakap je nak makan apa, hampir semua menu popular seluruh dunia, ada dijual di sekitar kawasan Kampung Baru dan ceruk lorong-lorong sekitarnya. Yang ini dikira kedai baru, dilokasi popular kami sekeluarga singgah untuk cuba sendiri menu Street Food Best Mamam Place Kampung Baru Lorong Raja Bot KL.
Lokasi yang berada di tengah-tengah kesibukkan laluan masuk Jalan Raja Bot ini memang tidak asing lagi bagi penggemar makanan street food di Kuala Lumpur. Bukan sahaja ia menawarkan harga yang murah, tetapi rasa yang tetap sedap menjadi pujian ramai.
Baca : Cendol Durian Runtuh Chow Kit Kuala Lumpur
Street Food Best Mamam Place Kampung Baru Lorong Raja Bot KL
Kalau sebelum ini, kami ke kawasan ni untuk makan Cendol Durian Runtuh Chow Kit. Tapi kini, ia sudah bertukar pemilik. Sebabnya, kedai Cendol Durian Runtuh Chow Kit dan berpindah ke bangunan yang lebih besar dan selesa di Setapak, Kuala Lumpur.
Kini lokasi kedai ini dikenali dengan nama Mamam Plac, juga ada menyediakan menu Cendol Durian yang boleh tahan sedap.
Selain tu, ada menu masakan ala carte seperti Nasi Ayam Penyet, Nasi Sotong Penyet, Steamboat, Char Kway Teaw, Sate, Ayam Goreng dan banyak lagi menu lain yang boleh anda pilih. Satu lokasi, tapi ada macam-macam. Senang nak pilih menu kegemaran anda.
Kami sendiri cuba Cendol Durian, Char Kway Teaw, Ayam Goreng dan juga Steamboat. Untuk harga, ia bebrbaloi untuk anda cuba. Ia antara harga yang mampu bayar. Untuk rasa, Cendol Durian sedap dengan sekitar 5 ulas isi durian. Char Kway Teaw rasa boleh diterima, steamboat kuah boleh tahan sedap. Ayam Goreng rasa biasa-biasa saja. Secara overall, untuk pengalaman makan street food bersama keluarga, ia agak berbaloi.
Tempat duduk dan suasan ketika makan pun agak selesa. Ada kipas, ada meja yang agak banyak serta kawasan yang agak selamat walaupun berada di tepi bahu jalan. InsyaAllah.
Nanti jenguk-jenguk la di Facebook Mamam Place Kampung Baru. InsyaAllah tak rugi kalau singgah sini, boleh try banyak menu yang best.
Cuma, kalau nak ke sini, ada baiknya plan untuk parkir kereta jauh sedikit dengan kedai sebab ia kawasan yang terhad dengan tapak parking. Tapi, kalau anda dah biasa di kawasan ini, senang jer nak cari parkir kosong.
Related
Related Posts
-
Pakej Travel Murah Musim Bunga Di Seoul Korea Felda Travel5 Comments | Apr 26, 2015
-
Kek Hakata Torimon Kek Sedap Dari JepunNo Comments | Nov 4, 2014
-
Mastercard-CrescentRating Global Muslim Travel Index 2019No Comments | Apr 9, 2019
-
Samsung Galaxy Note Fan Edition Terbaru Dari Samsung Malaysia Electronics
No Comments | Oct 5, 2017
About The Author
MrJocko
I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.