Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Street Food Jus Mangga Thailand Di Guangzhou China

Sepanjang jalan di Beijing Lu, antara destinasi popular di Guangzhou, saban malam. Selain dari tempat membeli-belah, ia destinasi street food yang menjadi tumpuan warga kota dan juga pelancong. Antara yang best, pengalaman Street Food Jus Mangga Thailand Di Guangzhou China.

Negara China tidak ada pokok mangga yang boleh dibanggakan. Tetapi, mereka mengimport banyak buah Mangga dari Thailand dia ia menjadi salah satu buahan popular di China, termasuk untuk di proses menjadikannya Air Jus.

Tempat Menarik di Guangzhou China

Street Food Jus Mangga Thailand Di Guangzhou China

Jus Mangga Tailand Di Guangzhou 02 copy

Memang tak banyak kedai menjual buah mangga di Guangzhou. Sebab itu, apabila ada sesetengah kedai yang menawarkan menu Jus Buah Mangga segar seperti kedai ini, ia menjadi tumpuan ramai warga kota dan juga pelancong yang berkunjung di sekitar Beijing Lu, Guangzhou.

Kalau tak silap, harga utuk secawan ini ialah CNY50 (MYR29). Ia adalah kombinasi perahan jus buah mangga segar dan ketulan isi mangga yang dipotong dadu. Yang berasap tu ialah Dry Ice yang diletakkan di dalam untuk memberi kesan effect asap.

Jus Mangga Tailand Di Guangzhou 03
Jus Mangga Thailand Di Guangzhou

Jus Mangga Tailand Di Guangzhou 01

Untuk rasa, jus yang saya makan ni biasa-biasa sahaja. Mungkin sebab kita sudah selalu makan di Malaysia. Cuma, cara penyampaian makanan ini memang membuatkan ia menjadi menarik. Susunan air dan juga isi mangga menjadikannya nampak menggiurkan. Untuk mereka yang tak pernah cuba, pasti akan rasa teringin nak makan Jus Mangga Guangzhou.

Memandangkan di Thailand ada banyak jenis buah mangga, tak pasti pulak jenis mangga satu yang dijadikan jus ini. Yang pasti, buah yan gdibuah jus lebih besar dan nampak kekuningan serta berwarna oren bila ia masak.

Kalau Mangga Thailand yang biasa saya tahu, Mangga Siku, Mangga Samseng, Mangga Madu dan banyak lagi. Yang pasti, masa isi mangga ini di ‘blend’ ada tambahan perisa pemanis sedikit untuk menjadikannya lebih sedap.

Secara peribadi, untuk menu Jus Mangga Thailand di Guangzhou ni, ia adalah menu biasa-biasa sahaja. Untuk orang Malaysia, mungkin ia tak nampak special sangat. Tapi untuk warga China dan pelancong lain, ia mungkin menu wajib cuba kalau melancong ke Guangzhou.

Cari lokasi Beijing Lu di Google Maps

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.