Street Kart Tour Maricar Japan Harga Pakej Bermula MYR325
|Mereka yang pernah ke Tokyo dan melalui jalan-jalan seperti di sekitar Akihabara, Asakusa, UENO, Ginza, Shinjuku dan beberapa lokasi lain di tengah bandaraya Tokyo pasti akan terlihat deretan kereta Go-Kart dipandu mereka yang memakai ‘kostum’ warna warni. Inilah tarikan terbaru di Tokyo, dinamakan Street Kart Tour Maricar Japan Harga Pakej Bermula MYR325.
Dengan menggunakan Motto “Street Go-Kart Tour Real Life SuperHero Go-Karting in Tokyo” ia memberikan citarasa baru buat semua pelancong samada pelancong domestik atau pelancong antarabangsa untuk mencuba pakej Street Kart Tour di Tokyo ini.
Baca : Lokasi Shopping Best dan Murah di Tokyo
Street Kart Tour Maricar Japan Harga Pakej Bermula MYR325
Konsep memandu kereta kecil Go-Kart di Jepun ini semakin menjadi pilihan ramai pelancong. Ini kerana ia menawarkan pengalaman baru untuk semua, melihat keindahan bandaraya di Jepun dari sudut yang berbeza.
Kali ini, dengan keunikkan pakej Go-Kart di tengah bandar di Jepun, ia memberikan pengalaman seumpama Selebriti dan Terkenal kerana ia sangat unik dan menjadi tarikan orang lain sepanjang menaiki pakej Street Kart Tour Maricar.
Sebagai informasi utama, sila pastikan korang ada Lesen Memandu Sah. Untuk orang Malaysia, pastikan korang ada ‘Lesen Memandu Antarabangsa’. Rujuk informasi di bawah.
MariCAR’s custom made go-kart is for Streets in Japan. You will need a valid Japanese driver’s license, or an International Driving Permit, or an SOFA License for US Forces Japan, or your own driver’s license and an official Japanese translation of the license if you are from Switzerland, Germany, France, Taiwan, Belgium, Slovenia, Monaco. Remember! NO LICENSE NO DRIVE!
Waktu paling sesuai untuk merasai pengalaman Street Kart Tour di Jepun ni, mungkin antara bulan February hingga bulan Oktober setiap tahun. Ini kerana waktu tersebut punyai cuaca yang agak selesa. Kalau tiba musim sejuk, ia mungkin terlalu dingin untuk memandu secara terbuka di Jepun.
Untuk info lanjut tentang pakej Go-Kart di Tokyo, Osaka dan beberapa lokasi lain di Jepun boleh layari laman web rasmi Maricar Jepun di pautan link https://maricar.com.
Baca : Bagaimana Nak Melancong Murah Ke Jepun
Kalau ada rezeki melancong ke Tokyo, jangan lupa ambil peluang untuk merasai pengalaman sendiri memandu Go-Kart di tengah bandaraya Tokyo termasuk destinasi menarik di Jepun, merangkumi kawasan Shibuya Crossing terkenal, Shinjuku, Asakusa, Akihabara dan lain lain lagi.
Selamat meneroka bandaray Tokyo dengan Street Kart Tour oleh MariCar Jepun.