Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Suara Mereka Lagi Sedap Dari Recording Artis

Pernah anda lihat penyanyi jalanan seperti ini? Kalau dari istilah mereka juga boleh dikenali sebagai ‘Buskers’, penghibur jalanan. Cuma beza sedikit sahaja, mereka adalah golongan OKU. Itu yang buatkan mereka lebih istimewa.
Kita yang sihat walafiat, cukup anggota pun tak pandai bermain alat muzik seperti mereka, tetapi mereka, begitu ‘expert’ bermain keyboard, gitar dan beberapa alat muzik lain. 
Pernah dengar mereka menyanyi??? Mesti pernahkan? Apa pandangan anda, sedapkah suara mereka? Jangan terkejut kalau sesekali kita mendengar mereka-mereka ini mengalunkan nasyid dan lagu yang sangat merdu, jauh lebih sedap dari artis-artis yang pernah membuat album.
Jangan anggap buskers atau penyanyi OKU ini sebagai peminta sedekah. Mereka sebenarnya penghibur jalanan dan menjual suara mereka, dengan harapan anda semua terhibur dan dapat menghargai usaha mereka dengan memberikan sedikit sumbangan. Ini kerjaya mereka. 
Apa salahnya kalau kita menyokong sedikit usaha mereka. Mereka jauh lebih baik dari mereka-mereka yang hanya tahu meminta-minta, tanpa sebarang usaha untuk bekerja.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.