Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sudah Jual Gadget Lama Ex Mobile Note Dan iPod Touch4 Gen

Sebenarnya MrJocko jenis sayang kalau barang yang dah lama pakai. Maklum la, ada sentimental value. Tetapi kali ni, MrJocko terpaksa jual gadget yang lama sementara ia masih ok dan berfungsi. Kali ni MrJocko terpaksa iklankan dan jual smartphone jenama Ex-Mobile buatan China yang mempunyai specs yang hampir sama dengan Samsung Galaxy Note. Satu la gadget yang MrJocko terpaksa jual ialah iPod Touch 4 Gen.
Kalau nak kira, dua-dua gadget ni MrJocko sayang nak jual, tetapi oleh kerana dah lama dah tersimpan dalam drawer, maka rasanya lebih baik MrJocko jual sahaja dari dibiarkan rosak. 
Untuk Smartphone jenama Ex-Mobile Note MrJocko hanya jual pada harga RM250 sahaja dan iPod Touch 4 Gen dengan harga RM400. Alhamdulillah, dua-dua barang tersebut sudah dijual dan selamat di terima oleh pembeli. Yang beli Ex Mobile, adik tu ambil barang di Komuter BNM dan untuk iPod Touch MrJocko post barang tu ke Felda Kluang, Johor.
Sekarang, MrJocko masih ada Blackberry Torch 9810 dan smartphone Lenovo S890. Nak jual jugak, tapi belum ada masa nak iklankan kat Mudah.my atau kat Facebook. Kalau ada sesiapa nak beli, jangan lupa call atau sms MrJocko yer.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.