Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sudah Pregnant 4 Bulan : Baby Kembar Ke?

Sudah Pregnant 4 Bulan. Alhamdulillah, bulan ini, November 2013, kandungan baby ketiga ini sudah memasuki bulan yang keempat dan Wife semakin pulih dari alergik dan alahan mengandung yang teruk. Kalau 3 bulan pertama dulu, memang wife mengalami muntah teruk dan alahan yang kronik.

Minggu lepas kami tukar panel doktor untuk ibu mengandung. Dari Hospital Pakar Pusrawi kami pilih Klinik  24jam di Gombak. Kata kawan-kawan wife, servis kat sini memang bagus. Lagipun doktor kat sini ramai doktor perempuan dan doktor pakar sakit puan. 

Nampaknya hasil medical check-up, semua sihat. Wife pun sihat, baby dalam kandungan pun sihat dan mengikut jadual yang teratur. Molek la, kalau boleh tak nak la ada sebarang masalah sepanjang masa wife hamil ni dan tak nak ada benda yang tak sihat. Doakan kesihatan dan diberikan kemudahan kepada kami semua, Amin.

Sudah Pregnant 4 Bulan

Oleh kerana masa MrJocko share di Facebook, MrJocko guna gambar scan ini, wife sudah pregnant 4 bulan. Ramai yang tanya samada dapat baby kembar ke??? Sebenarnya ini gambar yang dibuat dua oleh doktor yang merawat wife. Wife MrJocko mengandung seorang baby sahaja, bukannya kembar. Kalau dapat kembar, Alhamdulillah juga, rezeki berganda.

Yang penting untuk kali ini harap baby dan mak dia sihat walafiat. Lagi bagus kalau dapat rezeki anak lelaki untuk dijadikan kawan MrJocko layan bolasepak :).

Sekali lagi, sama-sama la doakan semoga kali ini MrJocko dapat seorang Hero. Amin, Ya Rabbal A’lamin.

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.