Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sudah Sampai Di Bandung Indonesia

Sebenarnya Trip ke Bandung ni MrJocko dah beli lama dah, sejak September 2013. Harga tawaran murah, RM100 sahaja tiket pergi dan balik dari KL ke Bandung. Sepatutnya memang dah nak kanselkan sebab Wife tengah sarat mengandung bulan ke-8, tetapi sebab, tempah masa weekend dan cuma 3 hari 2 malam sahaja, MrJocko teruskan.

Kebetulan juga, ada banyak material dari Bandung yang boleh cari dan dikongsikan di majalah untuk keluaran Mei, Jun dan Julai nanti.

 

 

Memandangkan ini hanya percutian budget, tak perlu nak bawak banyak duit. Lagipun hotel dan flight sudah dibayar. Tinggal untuk duit makan dan pusing-pusing nak teksi atau bechak sahaja. RM299 untuk Rp1,000,000 dah kira okay berbanding kadar tukaran wang asing di LCCT Money Changer.

Asalnya fligh petang sekitar jam 6.00pm, namun flight delayed dan diberitahu awal. Waktu baru jam 10.00pm dan MrJocko selamat sampai di Airport Bandara Husein Sastranegara Bandung pada jam 12.15 pagi.

 

 

Nasib baik di Bandung ada rakan karib yang selalu membantu MrJocko dan kawan-kawan yang datang berlibur di Bandung dan Jakarta. Beliau ialah Pak Denny Hidayat yang mempunyai Travel Agency sendiri. Baik hati orangnya dan senang berbincang. Ramai rakan yang MrJocko recommend kepada Pak Denny berpuas hati dari segi servis dan harga. Murah dan masih boleh di bincang diskaun.

Selama 3 tahun MrJocko kenal Pak Denny, dia memang Pemandu dan Tourist Guide terbaik di Bandung pernah MrJocko jumpa. Kalau berminat boleh terus hubungi Denny di email dhaifadenny@yahoo.com. Kalau mahu diskaun special, guna Password : MrJocko

Hari ni nak ke Cihampelas dan Cibaduyut. Harap-harap sempat kerana hari ni sahaja sempat pusing bandar Bandung. Malam nanti mungkin ada lokasi rahsia di Bandung yang nak MrJocko terjah. Nak tahu banyak rahsia tentang Libur di Bandung boleh baca di blog MrJocko.com dan Majalah Libur keluaran Mei 2014.

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.