Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Suku Kaum Bajau Di Tuaran Ada Keunikkan Yang Tersendiri

Selain dari budaya yang menarik, Suku Kaum Bajau Di Tuaran Ada Keunikkan Yang Tersendiri. Banyak yang boleh MrJocko kongsi tentang suku kaum Bajau di Sabah, tetapi kali ini MrJocko nak kongsi dua benda sahaja yang sempat MrJocko alami sendiri semasa di Tuaran, Sabah.

Tidak hanya terkenal dengan beberapa nama Bajau, seperti Bajau Laut dan Bajau Darat serta mempunyai kelompok yang dikawasan berbeza seperti di Menggatal, Inanam, Tuaran dan banyak lagi, mereka terkenal dengan keunikkan kraftangan dan tarian Tradisi yang tersendiri.

Suku Kaum Bajau Di Tuaran

suku kaum bajau di sabah

 

Selama 5 hari di Tuaran, banyak yang MrJocko belajar tentang kehidupan masyarakat berbilang Kaum di Sabah.

Suku kaum Bajau mempunyai corak warna yang agak berwarna warna. Kraftangan suku kaum Bajau antaranya ialah Lepa dan Tikar Mengkuang antara yang terkenal. Ia diwarisi turun temurun sejak dahulu lagi dari ibu kepada anak, atau nenek kepada cucu. Kaum wanita antara yang banyak mewarisi kepandaian kraftangan ini.

 

suku kaum bajau di sabah suku kaum bajau di sabah suku kaum bajau di sabah Selain dari budaya yang menarik, Suku Kaum Bajau Di Tuaran Ada Keunikkan Yang Tersendiri. Banyak yang boleh MrJocko kongsi suku kaum bajau di sabah

 

MrJocko sempat menonton persembahan Tarian Limbai, merupakan Tarian terkenal oleh suku kaum Bajau. Tarian ini adalah tarian lemah gemalai dan lembut, tarian yang menggambarkan keramahan orang Bajau.

Biasanya ia ditarik apabila tiba Pesta, Majlis Perkahwinan dan juga menyambut orang kenamaan atau VIP. Biasanya ia dipersembahkan dalam beberapa minit dengan iringin muzik tradisi yang lain termasuk Kulin Tangan.

Untuk menonton bagaimana cara membuat beberapa lagi kraftangan suku kaum Bajau di Pusat Kebudayaan Kemagi Sama, anda boleh tunggu siaran Travelogue bertajuk Nota Kembara Bersama MrJocko yang akan disiarkan pada bulan Disember 2017 dan Januari 2017 di Saluran RTM1.

http://www.mrjocko.com/2016/10/nota-kembara-bersama-mrjocko-teaser-6.html

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.