Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sup Jalan Doraisamy Haji Abu Sup Terbaik Kuala Lumpur

Sup Jalan Doraisamy Haji Abu Sup Terbaik Kuala Lumpur. Kalau anda menetap di sekitar Kuala Lumpur dan selalu ronda jalan-jalan di bandaraya Kuala Lumpur untuk mencari menu makanan yang sedap, anda mesti pernah dengar nama Sup Doraisamy atau kini dikenali dengan nama Sup Haji Abu. Ia sup Terbaik di Kuala Lumpur. Kadang-kadang orang ingat, nama gerai ini Gerai Doraisamy, pemilik seorang India Non Muslim, tetapi sebenarnya nama gerainya ialah Sup Haji Abu yang terletak di tepi Jalan Doraisamy

Lokasi gerai Sup Doraisamy ni tersembunyi sedikit. tetapi, kalau sudah pergi sekali, pasti akan mudah untuk anda cari. Anda cuma perlu arahkan carian anda ke bangunan lama Kompleks Wilayah atau jalan di belakang Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur. Anda akan jumpa Jalan Doraisamy dan gerai Sup Haji Abu berada di tepi jalan tersebut.

Gerai Sup Jalan Doraisamy ni memang dah lama dan memang punya sejarah tersendiri. MrJocko sendiri mula kenal gerai Sup Jalan Doraisamy ni sejak tahun 2000 lagi, masa mula-mula kerja di Central Bank.

Baca : Sup Gearbox Popular Di Shah Alam

 


Sup Jalan Doraisamy Haji Abu Kuala Lumpur

Sup Jalan Doraisamy Haji Abu Sup Terbaik Kuala Lumpur
 

Sup Jalan Doraisamy Haji Abu Sup Terbaik Kuala Lumpur
Sup Jalan Doraisamy Haji Abu

Sup Jalan Doraisamy Terbaik Kuala Lumpur
 

Ini cerita minggu ni, selepas beberapa tahun tak singgah, MrJocko dan keluarga kembali untuk makan petang di Sup Haji Abu ini. Kami parkir di seberang jalan sahaja, di laluan beakang hotel Sheraton Imperial.

Menu kami order kali ni ialah Sup Campur harga RM10.00 dan Sup Kambing harga RM9.00, kalau tak silap. Nasi Lemak Bungkus kat sini dijual dengan harga RM1.50, boleh di makan dan diletakkan kuah sup. Memang padu rasanya.

Ramai kawan-kawan yang pernah makan di sni pasti akan kata rasa sup campur, sup kambing dan bermacam sup kat sini memang sedap. Siapa pernah cuba mesti tahu kehebatan rasa sup Jalan Doraisamy ni.

Biasanya kalau anda singgah di waktu petang pada hari kerja, tempat ni memang selalu penuh dengan pelanggan. Nak parking pun susah. Jangan kata kereta, motosikal pun kadang-kadang kena parkir jauh. Tetapi kalau anda datang pada hari Sabtu dan Ahad, gerai Sup Doraisamy Kuala Lumpur ini memang sesuai untuk lepak santai pekena Teh Tarik dan Sup Panas.

Kedai dan gerai sekitar ini dibuka waktu petang sekitar jam 4.00 petang sehingga jam 3.00 – 5.00 pagi. Jangan risau, biasanya kedai ini dibuka setiap hari dan lokasi lepak favourite penduduk Kuala Lumpur di waktu tengah malam untuk makan pelbagai jenis sup, nasi lemak, menu mamak, sate dan beberapa lagi menu sampingan lain di gerai berhampiran.

Facebook : www.facebook.com/GlamorousMrJocko
Twitter : @MrJocko
Instagram : @MrJocko

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.