Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Lokasi Surau Di AEON Mall Makuhari Shintosin Chiba Shopping Mall

Andai anda menaiki penerbangan dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, ambil peluang untuk singgah shopping di Shopping Mall Terbesar di Jepun. Ya, inilah dia AEON Mall Makuhari New City atau dikenali juga dengan nama Makuhari Shintosin Chiba. Ada yang menarik di dalam bangunan ini, sebab untuk pelancong dan pelanggan Muslim, anda boleh solat dengan selesa di Lokasi Surau Di AEON Mall Makuhari Shintosin Chiba Shopping Mall Terbesar Japan.

Bukan sahaja shopping mall paling besar di Jepun, ia juga menawarkan kedai-kedai yang menjual barangan dengan konsep Tax-Free. Kalau kita pelancong asing, semestinya akan dapat diskaun tambahan 8% VAT. Banyak tu…

AEON-Mall-Makuhari-Shintosin-Chiba-01

Baca : Makuhari Di Chiba Jepun

 


Lokasi Surau Di AEON Mall Makuhari Shintosin Chiba Shopping Mall Terbesar Japan

Surau-Di-AEON-Mall-Makuhari-Shintosin-Chiba-05 copy

Surau-Di-AEON-Mall-Makuhari-Shintosin-Chiba-01

Surau-Di-AEON-Mall-Makuhari-Shintosin-Chiba-02
Tempat Letak Kasut

Surau-Di-AEON-Mall-Makuhari-Shintosin-Chiba-03

Surau-Di-AEON-Mall-Makuhari-Shintosin-Chiba-04
Tempat Wuduk

Tiga sebab kenapa anda mesti cuba untuk melawat dan shopping di AEON Mall Makuhari Shintosin, boleh baca di Blog Halal Navi Japan.

Pastinya, kalau kita membeli belah di sini, tak perlu risau lagi kalau nak cari surau. Prayer Room di AEON Mall Makuhari ini memang sangat selesa dan menjadi lokasi solat untuk pengunjung Muslim.

Terletak di tingkat 4 bangunan AEON Mall, ia mudah sahaja untuk diakses oleh sesiapa sahaja, dibuka setiap masa ketika waktu operasi selagi masa operasi pusat membeli belah ini beroperasi.

Ada ruang untuk meletakkan kasut dan beg, serta ruang solat yang selesa dengan kemudahan sejadah dan arah kiblat yang telah disediakan oleh pengurusan shopping mall AEON.

Lepas dah selesai solat, barulah rasa lebih selesa untuk meneruskan aktiviti membeli belah.

Adakah anda tahu cukai penggunaan di Jepun adalah sebanyak 10%? Daripada pergi membeli-belah di bandar lain yang lokasi berbeza, mengapa tidak membeli-belah untuk semua perkara di AEON MALL Makuhari New City. Ini kerana mereka mempunyai senarai panjang kedai yang menawarkan pembelian bebas cukai!

Bayangkan anda membeli barang berharga JPY10,000, anda akan menjimatkan cukai sebanyak JPY1,000. Shopping kat sini, anda berpeluang untuk menjimatkan wang.

Cadangan saya, kalau nak shopping disini, beli jam tangan G-Shock dengan kebiasaannya ada diskaun 20%, serta beberapa kasut yang cantik rekaan terkini di kedai kasut di dalam bangunan ini. Anda pasti puas hati

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.