Site icon Travel Blogger Malaysia

Surcaj Bahan Api Penerbangan Domestik Antarabangsa AirAsia April 2022

Terkini, pengenalan semula Surcaj Bahan Api Semua Penerbangan Domestik Dan Antarabangsa AirAsia bermula April 2022. Pihak Airasia ingin memaklumkan semua bakal penumpang penerbangan tambang murah Malaysia ini tentang pengenalan semula ‘fuel surcharge’ atau caj bahan api pada semua penerbangan domestik dan antarabangsa AirAsia Malaysia (dengan kod penerbangan ‘AK’) untuk semua tempahan Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA).

Mulai 11 April 2022, surcaj bahan api akan dikenakan untuk tempahan penerbangan baharu. Semua tempahan yang dibuat sebelum 08 April 2022 tidak akan terjejas. Perubahan penerbangan yang dibuat pada 11 April 2022 dan seterusnya akan dikenakan ‘fuel surcharge’ bahan api mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Lembaga Aeronautik Awam (CAB).

Baca : Cara Beli Tiket Murah AirAsia

Surcaj Bahan Api Penerbangan AirAsia

 


Surcaj Bahan Api Penerbangan Domestik Dan Antarabangsa AirAsia April 2022

Surcaj Bahan Api Penerbangan Domestik Antarabangsa AirAsia
 

Kenaikan terbaru ini nampaknya tidaklah membebankan penumpang kerana ia menetapkan RM10 bagi sema penerbangan domestik, manakala RM25 untuk penerbangan antarabangsa selama 1 – 2 jam, RM35 untuk penerbangan antarabangsa selama 2 – 3 jam, RM50 untuk penerbangan antarabangsa selama 3 – 4 dan RM60 bagi penerbangan yang melebihi 4 jam.

Sebagai contoh, jika anda terbang ke destinasi dalam Malaysia, disamping harga tiket, anda akan dikenakan tambahan RM10 sebagai caj bahan api. Manakala jika anda terbang ke Hat Yai (Thailand), anda akan dikenakan tambahan bayaran RM25 sebagai kos caj bahan api.
 


 

Untuk makluman semua, syarikat penerbangan tambang murah AirAsia tidak mengenakan surcaj bahan api sejak ia dimansuhkan pada pada 2015. Syarikat penerbangan itu sebaliknya telah menyerap kenaikan harga minyak sejak beberapa tahun, manakala syarikat penerbangan lain telah melaraskan tambang dan menaikkan caj bahan api & pentadbir untuk mengatasi kenaikan kos operasi seawal 2018.

Sudah pasti semua penumpang berharap, kos caj bahan api ini adalah bersifat sementara kerana kekangan kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak AirAsia sejak pandemik Covid-19. Kami semua mengharapkan kos ini akan kembali diserap oleh pihak penerbangan secepat yang mungkin.

Dengan berita pembukaan kembali sempadan Malaysia melalui penerbangan bermula 1 April 2022 pasti akan kembali merancakkan industri penerbangan dan pelancongan di Malaysia. InsyaAllah, dengan SOP dan peraturan New Normal, kita semua akan kembali sedikit demi sedikit terhindar dari segala wabak bahaya.

Usaha kita sebagai rakyat, sentiasa kekal patuh pada peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, dapatkan Dos Vaksin dan Booster anda serta kekal selamat dengan izinNya.

Exit mobile version