Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Susah Cari Makanan Halal Di Da Nang Vietnam

Mencari menu makanan halal di Da Nang adalah satu cabaran bagi pelancong Muslim seperti MrJocko. Tambah lagi bila datang bercuti ke Da Nang Vietnam, kami bercuti bersama keluarga dan anak-anak. Kalau kita orang dewasa, mungkin setakat roti, maggi mee atau beberapa menu segera yang lain tidak menjadi masalah, tetapi jika bersama kanak-kanak, ia mungkin agak sukar.

Selama 4 hari 3 malam di Da Nang Vietnam, masalah utama kami ialah mencari makanan halal di Da Nang. Walaupun sekitar pantai, bandar Da Nang sendiri dan juga khabarnya bandar Hoi An, ada banyak restoran, tetapi agak sukar untuk mencari restoran yang menyediakan menu makanan Halal.

Makanan Halal Di Da Nang Vietnam

halal di danang vietnam

Sepanjang kami di sama, dua kali kami sempat makan malam di Restoran Vegetarian di bandar Da Nang. Menu yang kami cuba ialah Roti Naan, Roti Canai, Nasi Goreng Sayuran, Kentang dan beberapa mangkuk kuah dhal.

Sekali kami singgah di restoran tempatan yang menyediakan khidmat memasak menu makanan laut di persisir pantai Da Nang. Restoran ini disyorkan oleh Tour Guide kami, Helen, yang mengesahkan di restoran tersebut hanya menyediakan menu masakan laut sahaja. Setelah berpuas hati, kami Tawakkal dan yakin pilihan yang kami pilih.

Baca : Makan Malam dengan Seafood di Da Nang

halal di danang vietnam
Sarapan Pagi Halal di Vietnam
halal di danang vietnam
mencuba Kopi Vietnam

halal di danang vietnam

Makanan Halal di Vietnam

Restoran Makanan Halal Di Da Nang Vietnam

Restoran Halal di Da Nang Vietnam tidak seperti di Ho Chi Minh Vietnam. Oleh kerana di Da Nang, jarang dikunjungi oleh pelancong Muslim, jadi potensi untuk restoran makanan halal di Da Nang tidak sebagus permintaan di bandar Ho Chi Minh. Sebab itu, di Da Nang memang tidak ada restoran makanan Halal buat pelancong Muslim.

Ada satu sahaja restoran Halal yang kami jumpa di Da Nang Vietnam iaitu Mumtaz Indian Restaurant Da Nang, menu masakan Vegetarian dari India.

Nasib baik, sebelum datang ke Da Nang, kami menyediakan banyak makanan segera seperti biskut, roti dan Maggi Cup untuk bekalan stok selama beberapa hari. Alhamdulillah, ia memang banyak membantu.

Seperkara lagi, sarapan pagi yang disediakan oleh pihak hotel juga banyak membantu. Kami cuma meminta pihak hotel menyediakan Telor Goreng dan Omelet sahaja untuk kami dan berulang kali kami ingatkan, tidak mahu sebarang daging, ayam atau campuran lain, selain sayuran.

Paling unik di sini, Kopi Vietnam. Sebab itu, jangan lupa kalau sampai di Da Nang atau di Vietnam, ambil masa untuk mencuba menu Kopi Vietnam yang mempunyai citarasa yang memang sedap dan unik berbanding kopi yang biasa kita minum. Secara peribadi, kopi Vietnam antara kopi yang sedap pernah MrJocko rasa selama ini.

Makanan Halal di Vietnam
Seafood Makanan Halal di Vietnam
makanan-halal-di-da-nang-07
Makanan Seafood Halal di Vietnam
makanan-halal-di-da-nang-06
Makanan Seafood Halal di Vietnam

Untuk anda yang bertanya tentang makanan halal di Da Nang Vietnam, ini sahaja yang boleh MrJocko kongsikan. Untuk anda yang bukan Muslim, sudah pasti Da Nang menyediakan antara street food tempatan terbaik di Asean, tetapi untuk Muslim, anda perlu cari alternatf terbaik untuk survive di Da Nang tambah-tambah untuk survive sebagai pelancong selama beberapa hari di sini.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.