Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Susu Untuk Ibu Mengandung Dumex Mamil Mama

Untuk kehamilan yang ketiga ni, wife sudah beberapa kali mengambil Dumex Mamil Mama sebagai minuman tambahan untuk ibu mengandung. Susu tepung berkhasiat untuk ibu jenama Mamil Mama ini keluaran Dumex. Ya, wife minum Susu Untuk Ibu Mengandung Dumex Mamil Mama.

Susu Mamil Mama Dumex ini sesuai untuk ibu yang hamil dan ibu yang sedang menyusukan bayi. Ia mempunyai PreciNutri Acid Folic dan susu rendah lemak. Ia juga mengandungi campuran Oligosaccharide untuk penghadaman, Vitamin B Complex, C, D dan E di samping DHA, Kalsium dan Zat Besi.

Susu Untuk Ibu Mengandung Dumex Mamil Mama

Susu Untuk Ibu Mengandung Dumex Mamil Mama

Setakat ni Wife kata dia suka dengan susu Mamil Mama Dumex ini dan harga pun berpatutan. Untuk satu pakej berat bersih 600 gram ini, susu Mamil Mama ini hanya berharga RM34.90 sahaja.

Kalau korang mengandung atau wife mengandung, penjagaan makanan dan makanan yang sihat memang perlu untuk tumbesaran bayi dalam kandungan. Sebaiknya, kena galakkan wife makan makanan yang ada faedah untuk si ibu dan anak.

Makanan tambahan untuk ibu mengandung dan bayi dalam kandungan tidak perlu mahal. Tapi, kena pandai cari menu yang sihat untuk keduanya. Paling mudah untuk hadam adalah susu untuk ibu mengandung.

Bagi yang nak dapatkan info lebih lanjut tentang kehamilan, tips penjagaan semasa kehamilan dan info berkaitan, apa kata sertai DumexMamaClub di Facebook. Banyak maklumat untuk dikongsi sebagai panduan ibu-ibu mengandung.

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.