Sweater Sukajan Jepun Brand Toyo Paling Mahal Harganya
|Ramai peminat barang Jepun sebenarnya mencari koleksi Baju Sejuk Sukajan (Sweater) yang terkenal di Jepun. Tak kiralah samada di Tokyo, Osaka, Sapporo ataupun di Fukuoka, koleksi Sukajan antara yang menarik minat ramai peminat Malaysia. Untuk informasi, Sweater Sukajan Jepun Brand Toyo Paling Mahal Harganya dan ia mencecah sekitar MYR500 hingga MYR4000 sehelai (JPY13500 – JPY100000).
Sukajan, adalah jaket ala College Jacket atau Letterman Jacket di Amerika Syarikat. Tetapi, ia menggunakan kain yang lebih nipis dan lembut serta disulam dengan jahitan unik pelbagai rekaan yang menarik seperti Harimau, Naga, Corak Bunga, Wanita dan macam-macam lagi, bergantung kepada perekanya.
Baca : Tempat Shopping Menarik di Tokyo
Sweater Sukajan Jepun Brand Toyo Paling Mahal
Nak Tahu Sejarah Sukajan Jepun, baca sini Sukajan Wikipedia
Kalau anda ke Tokyo, paling banyak koleksi baju sejuk Baju Sejuk Sukajan Jepun ni boleh dilihat di sekitar Ameyokocho Street, UENO. Ada puluhan kedai yang menjual baju Sukajan dan ia punyai pelbagai pilihan dari segi harga, corak, kualiti dan juga tentunya warna.
Baju Sejuk Sukajan Jepun ini punyai 2 jenis yang utama. Ada yang punyai satu lapisan Sulaman sahaja, manakala yang lebih mahal mempunyai 2 lapisan Sulaman, menjadikannya boleh dipakai dalam dua belah-samada sebelah dalam atau sebelah luar dengan dua sulaman rekaan yang berbeza dan warna yang berbeza.

Paling terkenal dengan harga yang mahal, adalah Sukajan dengan jenama Toyo Industries. Toyo adalah salah satu pengeluar Baju Sejuk Sukajan Jepun yang berkualiti, bukan hanya kualiti kain, malah punyai rekaan yang cantik dengan sulaman jahitan yang sangat kemas dan details.
Harga sehelai Sukajan Jepun buatan Toyo boleh mencecah sehingga JPY100,000 (MYR4000). Dengar kata, kalau ada rekaan yang lebih halus, corak yang unik atau koleksi terhad, ia boleh mencapai harga Puluhan Ribu Ringgit.
Maaf, kali ini, kami pun tak berpeluang nak lihat Sukajan yang paling mahal di sini. InsyaAllah lain kali kami akan cuba.
Andainya, selepas ini anda berpeluang untuk membeli Sukajan Jepun dengan harga yang murah, mungkin boleh simpan sebagai koleksi sendiri atau boleh jual balik kepada peminat Sukajan di Malaysia.
