Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sweet Crispy Di Kiosk Hot & Roll

Yang sebenarnya suka sangat makan benda ni ialah Khalish dan Hasya. Ada beberapa kali diorang makan Sweet Crispy di Hot & Roll ini dengan Aunty Ciey diorang. Yang lain seperti prata diorang tak suka, mereka cuma mahu jenis Sweet Crispy perisa pisang sahaja. Favourite mereka.

Tadi pun masa singgah di Tesco nak beli barang dapur Khalish dan Hasya ajak makan di Hot & Roll. Memandangkan MrJocko dan wife tak layan sangat, kami belikan mereka jer la Sweet Crispy perisa pisang. Satu set bersama minuman Oreng hanya RM5.90. Kalau beli Sweet Crispy sahaja cuma RM4.90.

 

Hot & Roll

Hot & Roll

Hot & Roll

 

Sambil diorang makan Sweet Crispy, MrJocko cuba sikit. Ermmm rupanya sedap jugak menda ni. Patut la my kids suka makan. Sekali rasa seperti Apam Balik Mini yang nipis dan ada diletakkan pisang di dalamnya. Memang menambahkan sedap.

Lepas ni kalau singgah di Hot & Roll Kiosk MrJocko akan cuba menu lain pula. Rasanya ada 5-6 menu lain yang ada dijual di Hot & Roll Kiosk. Mana tau ada menu yang akan menjadi favourite MrJocko pulak…

Anda pernah cuba menu di Hot & Roll?

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.