Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Itinerary 3 Hari 2 Malam Di Swiss-Court Holiday Apartments Damai Laut

Percutian musim Cuti Sekolah sebenarnya lebih menarik jika melancong dalam negara. Ini kerana, selain dari kos yang lebih murah, kita sekeluarga tak perlu habiskan banyak kos untuk tambang penerbangan dan masa untuk ke lokasi tersebut. Lagipun, ia satu cara untuk menjana ekonomi setempat di Malaysia dengan menyokong industri pelancongan tempatan. Ini adalah Itinerary 3 Hari 2 Malam Di Swiss-Court Holiday Apartments Damai Laut cara kami.

Terakhir MrJocko ke Damai Laut pada tahun 2007, ketika menyertai Pertandingan Treasure Hunt Bank Negara Malaysia laluan KL ke Damai Laut. Tahun tu, kami Champion. Hahahah…

Baca : Best Ke Join Pertandingan Treasure Hunt MOF?

 


Itinerary 3 Hari 2 Malam Di Swiss-Court Holiday Apartments Damai Laut

Swiss Court Holiday Apartment Damai Laut 01 copy

Itinerary 3 Hari 4 Malam Di Swiss Court Holiday Apartment Damai Laut 01

Itinerary 3 Hari 4 Malam Di Swiss Court Holiday Apartment Damai Laut 02
 

Memandangkan kami dari Kuala Lumpur, paling mudah sebenarnya ialah melalui Lebuhraya PLUS Jalan Duta menuju ke susur keluar Sungkai dan terus ke Damai laut. Namun, sebab lebuhraya West Coast Expressway Perak dan separuh siap, kami ikut laluan tersebut.

Tak sampai 3 jam, kami sampai ke ruang Lobby, Swiss-Court Holiday Apartments Damai Laut. Proses Check-in memang mudah dan cepat dengan servis kaunter yang sangat memuaskan. Hanya 5 minit, kami sudah dapat kunci Studio Room kami untuk 2 Dewasa, 3 Kanak-kanak.

Selepas ini, masa untuk habiskan masa berkualiti dengan keluarga di lokasi terbaik di Perak.

Baca : Lebuhraya West Coast Expressway Perak Sudah Di Buka Tol FREE

Itinerary 3 Hari 4 Malam Di Swiss Court Holiday Apartment Damai Laut 03

Itinerary 3 Hari 4 Malam Di Swiss Court Holiday Apartment Damai Laut 04

Swiss-Court Holiday Apartments

Itinerary 3 Hari 4 Malam Di Swiss Court Holiday Apartment Damai Laut 06

Itinerary 3 Hari 4 Malam Di Swiss Court Holiday Apartment Damai Laut 07

Itinerary 3 Hari 4 Malam Di Swiss Court Holiday Apartment Damai Laut 08

Itinerary 3 Hari 4 Malam Di Swiss Court Holiday Apartment Damai Laut 09

Itinerary 3 Hari 4 Malam Di Swiss Court Holiday Apartment Damai Laut 10

Itinerary 3 Hari 4 Malam Di Swiss Court Holiday Apartment Damai Laut 11

Itinerary 3 Hari 4 Malam Di Swiss Court Holiday Apartment Damai Laut 12
 

Hari Pertama

Selepas dapat kunci bilik, kami menuju ke bilik penginapan. Studio Room kami memang luas rupanya. Dengan kemudahan satu Tilam King Size dan Sofa Bed, ia sangat selesa untuk kami.

Saiz LCD TV yang besar dengan pilihan rancangan TV terbaik, meja untuk kerja, meja makan, ruang memasak dengan kemudahan periuk dan pinggang mangkuk serta ruang bilik air yang luas dan selesa. Berbaloi dengan bayaran harga bilik Swiss-Court Holiday Apartments.

Selepas makan tengahari, kami terus menuju ke Kolam Mandi di Swiss Court Holiday Apartments. Anak-anak nak mandi, biarkan mereka mandi hingga puas di kolam yang tersedia di sini. Kemudahan tuala untuk tetamu Swiss-Court Holiday Apartments adalah PERCUMA.

Waktu malam, kami menuju ke Garden Terrace untuk makan malam. Menu untuk menu makan malam sangat berbaloi. Ada lebih dari 100 pilihan menu yang ada termasuk menu utama, BBQ dan juga pilihan salad dan pencuci mulut. Hari pertama kami di Damai Laut, memang berbaloi.
 

Itinerary 3 Hari 4 Malam Di Swiss Court Holiday Apartment Damai Laut 13

Itinerary 3 Hari 4 Malam Di Swiss Court Holiday Apartment Damai Laut 14

Itinerary 3 Hari 4 Malam Di Swiss Court Holiday Apartment Damai Laut 15

Itinerary 3 Hari 4 Malam Di Swiss Court Holiday Apartment Damai Laut 16

Itinerary 3 Hari 4 Malam Di Swiss Court Holiday Apartment Damai Laut 17

Itinerary 3 Hari 4 Malam Di Swiss Court Holiday Apartment Damai Laut 18

Itinerary 3 Hari 4 Malam Di Swiss Court Holiday Apartment Damai Laut 19

Itinerary 3 Hari 4 Malam Di Swiss Court Holiday Apartment Damai Laut 20

Hari Kedua

Awal pagi, kami bangun awal. Masa untuk sarapan pagi di Restoran Garden Terrace dengan pelbagai menu terbaik. Tengok apa yang kami makan, berbaloi dengan pengalaman di Damai Laut, menu untuk sarapan pagi pun memang ada kelas.

Memandangkan kali ini nak rasa kelainan, kali kami pilih untuk mandi di Kolam Mandi Swiss-Court Holiday Apartments. Untuk pengunjung yang bukan tetamu hotel Swiss-Court Holiday Apartments, ada dikenakan bayaran, tapi ia berbaloi bila lihat kegembiraan keluarga dengan limpahan permainan air dan kolam mandi yang menarik.

Manakala MrJocko dan Wife pilih untuk pusing sekitar pantai, menikmati ombak dan juga pemadangan Pantai Damai Laut yang menghadap Pulau Pangkor. Sesekali luang masa cuti seperti ini, memang sangat-sangat berbaloi.

Waktu tengahari kami cuba menu hujung minggu di Garden Terrace. Ya, ia memang menyediakan menu terbaik. Paling banyak rasanya menu seafood. Maklumlah dekat dengan pantai. Tapi, pilihan lauk lain seperti ayam, daging dan menu salad serta pencuci mulut memang terbaik. Tak perlu keluar ke pekan Lumut, di sini pun dah lebih dari cukup untuk kami.

Sebelah petang, kami luangkan masa untuk santai sekali lagi di pantai. Ada aktiviti tambahan yang boleh anda cuba kalau sempat. Samada menaiki ATV, menunggang kuda, menunggang Jet Ski dan juga beberapa aktiviti lain.

Waktu malam, masa untuk makan malam. Malam minggu di sini, mereka meyediakan menu Steamboat. Umpama syurga makanan, dari pelbagai makanan seperti makanan laut, ayam, daging, ikan bakar dan banyak lagi menu lain. Ini antara menu makan malam terbaik. Dengan pakej harga makan malam yang ditawarkan, ia sangat-sangat berbaloi untuk anda cuba.

Kami kenyang, balik bilik dengan senyum meleret…
 

Swiss-Court Holiday Apartments

Swiss-Court Holiday Apartments

Swiss-Court Holiday Apartments

Swiss-Court Holiday Apartments

Swiss-Court Holiday Apartments

Swiss-Court Holiday Apartments

Swiss-Court Holiday Apartments

Swiss-Court Holiday Apartments

Swiss-Court Holiday Apartments

Hari Ketiga

Hari terakhir di Swiss-Courts Holiday Apartments Damai Laut. Selepas sarapan pagi, kami kembali ke kolam mandi. Anak-anak kata nak mandi untuk kali terahir sebelum balik ke Kuala Lumpur. Dari jam 9.00 pagi, mereka berendam hingga ke waktu nak Check Out. Puas!!!

Jam 12.00 tengahari kami Check Out. Alhamdulillah, pun sama, urusan sangat cepat. tak perlu nak tunggu lama untuk pengesahan. Thumbs up untuk servis kaunter Lobby Swiss-Court Holiday Apartments.

Sebelum balik, kami singgah kejap di pekan Lumut. Ya, beli produk laut untuk dibawa bali ke Kuala Lumpur. Ada Ikan Kering, Ikan Bilis, Produk Laut dan banyak lagi.

Kalau ditanya, apa pengalaman kam di Damai Laut? Ia satu percutian paling berbaloi taraf biliknya sangat berkualiti untuk kami sekeluarga. Memang Recommended!!!
 

Itinerary 3 Hari 4 Malam Di Swiss Court Holiday Apartment Damai Laut 30

Itinerary 3 Hari 4 Malam Di Swiss Court Holiday Apartment Damai Laut 30

Swiss-Court Holiday Apartments

Itinerary 3 Hari 4 Malam Di Swiss Court Holiday Apartment Damai Laut 33

Swiss-Court Holiday Apartments

Swiss-Court Holiday Apartments

Untuk informasi, percutian anda boleh lebih murah dan mudah dengan SGI Vacation Club. Mungkin ada yang nak tahu, apa kelebihan menjadi ahli SGI Vacation Club. Antaranya adalah :

1. Pengalaman Percutian Tanpa Tekanan. Sebagai Ahli SGI Vacation Club, anda boleh tenangkan diri dan keluarga dari tekanan kerja seharian. Peluang untuk merancang percutian murah, mudah dan indah bersama keluarga, kawan dan orang tersayang. Apa yang perlu anda lakukan ialah membuat tempahan anda dalam menerusi sistem tempahan 24 jam dan nikmati percutian berbaloi.

2. Nilai Terhadap Inflasi – Setiap ahli akan mendapat kos penginapan yang berbaloi untuk semua percutian masa depan. Paling penting, ahli dapat membuat penjimatan yang ketara dengan pra-bayar pada harga lebih murah dari kos inflasi.

3. Nilai Terhadap Tukaran Mata Wang – Dengan menjadi ahli SGI Vacation Club, anda tidak hanya menikmati penjimatan kos tetapi anda mengurangkan risiko turun naik kadar pertukaran matawang semasa, walaupun ketika perjalanan keluar negara sebagai percutian masa depan, tetapi dengan harga hari ini.

4. Pengalaman Kualiti Hotel Di Seluruh Dunia – Andai anda ada impian besar untuk meneroka destinasi menarik di seluruh dunia, dengan SGI Vacation Club, ia akan dapat memuaskan pengalaman anda dengan Interval International, rakan kongsi pertukaran global SGI VC yang memberikan akses kepada lebih daripada 3,000 resort di lebih 80 buah negara di seluruh dunia dengan keanggotaan SGI Vacation Club.

Jadi, apa tunggu lagi. Jika anda dan keluarga jenis yang selalu bercuti dan impikan percutian berbaloi di dalam Malaysia dan diluar negara, sila daftar sebagai Ahli SGI Vacation Club SEKARANG!!!

3 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.