Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Koleksi T-Shirt Hard Rock Cafe Tokyo Dan Ueno Di Jepun

Khas buat peminat koleksi T-shirt Hard Rock Cafe, anda mungkin mencari koleksi T-shirt jenis Hard Rock yang berbeza di setiap negara. Mungkin ada beberapa koleksi t-shirt Hard Rock Cafe menjadi idaman peminat dan pengumpul t-shirt limited edition ini.

Untuk anda, MrJocko kongsi beberapa helai rekaan t-shirt Hard Rock Cafe di Tokyo Roppongi dan Hard Rock Cafe di Ueno sebagai tatapan anda. Mungkin ada yang tengah cari t-shirt hard Rock cafe kan?

Baca : Hard Rock Cafe Ni Saya Dah Singgah

Koleksi T-Shirt Hard Rock Cafe

Koleksi T-Shirt Hard Rock Cafe

MrJocko berpeluang singgah di kedua-dua Hard Rock Cafe di sekitar Tokyo iaitu di Hard Rock Cafe Tokyo Roppongi Hills dan juga Hard Rock Cafe Ueno. Kedua-dua kedai Hard Rock ini memang menjual banyak koleksi limited edition untuk anda khas peminat Hard Rock, tetapi banyak yang sudah habis. 

Secara peribadi, koleksi di Hard Rock Cafe di Ueno lebih dikunjungi ramai kerana ia terletak di dalam bangunan Station Ueno, manakala Hard Rock Cafe Tokyo di Roppongi Hills berada agak jauh dari stesen LRT atau Subway.

design-tshirt-hard-rock-jepun design-tshirt-hard-rock-jepun-03 design-tshirt-hard-rock-jepun-04 design-tshirt-hard-rock-jepun-05 design-tshirt-hard-rock-jepun-07 design-tshirt-hard-rock-jepun-08

Koleksi T-Shirt Hard Rock Cafe Tokyo Dan Ueno Di Jepun

Harga sehelai t-shirt Hard Rock Cafe di Jepun dijual dengan harga bermula dari Yen 2,50o. Kalau di tukarkan kepada harga Malaysia, ia sekitar RM80 sehelai. Untuk koleksi fridge magnet atau badge, ia dijual dengan harga bermula dari  Yen 500.

Sekiranya anda berkunjung ke Jepun, contohnya ke Tokyo, mungkin anda boleh ambil sedikit masa untuk singgat di Hard Rock Cafe untuk membeli koleksi t-shirt Hard Rock kerana sudah pasti anda yang mengumpul koleksi t-shirt hard rock mahukan pelbagai pilihan rekaan berbeza untuk simpanan peribadi. 

InsyaAllah, kalau ada peluang singgah di Hard Rock Cafe negara lain, akan MrJocko kongsikan lagi di blog MrJocko.

Kalau nak ke Hard Rock Cafe Osaka baca ini http://www.mrjocko.com/2016/09/kedai-hard-rock-cafe-osaka.html

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.