Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Cerita Dulu Dulu Tabung Duit Tabung Haji Masih Ingat?

Waktu MrJocko kecil, umur belasan tahun, masa tu sekitar tahun 1980-an, kami sangat terkenal dengan tabung duit Tabung Haji yang memang menarik. Tabung dari syarikat Lembaga TH ini direka sebagai tempat untuk kanak-kanak seperti MrJocko (waktu itu) untuk menyimpan duit syiling dan mengamalkan amalan berjimat dan menyimpan.

Rekaan tabung daripada Lembaga TH tersebut antara rekaan balang duit yang paling cantik dan sesuai untuk kami kanak-kanak, lebih-lebih lagi ia datang dari Lembaga TH yang menjaga duit dan kepentingan penyimpan duit Tabung Haji untuk urusan haji kami rakyat Malaysia.

 


Tabung Duit Tabung Haji Masih Ingat?

Tabung Duit Tabung Haji
Tabung Duit TH

tabung-duit-tabung-haji-01 tabung-duit-tabung-haji-02

 

Akaun Lembaga TH

Tak ingat pulak masa tu berapa minima simpanan yang diperlukan di Lembaga TH untuk membolehkan mendapat Tabung Duit yang comel ini.

Bila menyimpan dalam balang duit ini, mulanya memang rasa sangat seronok. Tapi biasalah kanak-kanak, kadang-kadang bila nak pakai duit, korek juga duit dalam tabung dari akaun TH ni. Selalu simpan duit syiling kecik jer, cuma kadang-kadang simpan duit RM1 atau RM0.50 sen.

Bila tak ada duit, masa tu la cari tabung dari akaun TH ini untuk korek semata-mata nak guna ‘dana’ dalam tabung duit ini. Biasanya selalu buat macam ni. Simpan kejap beberapa hari, tak sampai sebulan kami korek balik duit dalam simpanan akaun TH. Hahaha…

Sekarang, susah dah nak jumpa tabung-tabung yang macam tabung daripada Lembaga TH ni. MrJocko kat rumah simpan duit syiling dalam bekas jer. Setakat hari ni, Alhamdulillah, MrJocko dan anak-anak berjaya simpan dan tak pernah korek duit tabung ini. Ini kerana, itu la simpanan kami untuk simpan pegi Haji, pergi Melancong atau beli barang yang kami idamkan.

Untuk beberapa bulan lepas, duit yang kami simpan dalam balang duit ini berjaya mengumpul RM500 lebih. Cukup la dulu dah boleh bawa masuk simpan dalam Unit Trust sebelum kami gunakan untuk simpanan akaun TH atau Melancong bersama keluarga :).

Anda pernah ada balang comel dari Lembaga TH ni???

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.