Tahniah Lee Chong Wei
|
Satu Malaysia menyokong Dato Lee Chong Wei dalam perlawanan penentuan Pingat Emas diantara Dato Lee Chong Wei vs Lin Dan di Olimpik London 2012. Satu Malaysia mengharapkan kemenangan Lee Chong Wei, memenangi Emas Pertama Malaysia untuk dijadikan harapan untuk Olimpik kali ini.
Satu Malaysia, tak kira Melayu, Cina, India atau bangsa lain, janji orang Malaysia, masing-masing memberikan sokongan padu kepada Lee Chong Wei. Bukan hanya kerana Aiskrim Percuma Baskin Robbins, bukan kerana Nasi kandar dan juga bukan semata-mata kerana mahukan Cuti Peristiwa, tetapi masing-masing mahukan Lee Chong Wei memang emas.
Namun, apakan daya, setelah berhempas pulas selama 1 jam 30 minit lebih kurang, dengan 3 perlawanan, akhirnya Lee Chong Wei tewas tipis kepada Lin Dan, pemain Badminton No. 1 Dunia. Kesedihan, kehampaan dan frustration yang jelas pada reaksi Lee Chong Wei. Mungkin rasa bersalah kepada rakyat Malaysia kerana gagal membawa pulang Emas Olimpik.
Tak apa Dato, kami tahu Dato sudah berusaha bersungguh-sungguh, Walaupun kalah, Dato kalah bermaruah dan adalah musuh yang tetap digeruni Lin Dan. Pingat Perak yang diterima masih lagi Ok buat kami. Ia merupakan pingat pertama Malaysia dalam sukan Olimpik London 2012 kali ini. Terima kasih. Go Lee Chong Wei Go…
MrJocko.com