Taib Mahmud, Terkaya Di Malaysia?
|
Sebelum ni, selalu kita dengar nama nama Robert Kuok Billionair Gula, Ananda Krishnan, dan juga Syed Mokhtar Al Bukhary antara nama-nama orang kaya di Malaysia. Tetapi apa yang MrJocko baca di Malaysiakini, ada nama baru yang mengatasi kekayaan semua orang kaya di Malaysia. Boleh baca berita penuh di Malaysiakini
Mengikut dalam berita tersebut, Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud di nilai mempunyai harta kekayaan sekitar USD15Billion atau bersamaan RM46Bilion. Perghhh!!! Tak boleh MrJocko bayangkan kalau MrJocko ada duit sebanyak itu.
Katanya laporan kekayaan harta benda Abdul Taib Mahmud ni di keluarkan oleh NGO yang berpengkalan di Switzerland. Dari mana dia dapat maklumat tersebut tidaklah MrJocko ketahui. Mungkin ia tidak tepat atau ia ada motif lain. Sebab apa dia nak nilai kekayaan Ketua Menteri Sarawak itu? Ada kepentingan ke?
Kalau betul berita harta kekayaan Abdul Taib Mahmud itu, MrJocko tumpang gembira kerana beliau orang melayu. Setidaknya ada orang melayu kita yang kaya raya. Kena pulak kalau masa dia kaya raya, dia beramal soleh, menolong orang yang susah dan miskin, sedikit sebanyak ia membantu orang lain dan semoga mendapat ganjaran pahala dan kebaikkan di atas kemurahan hati beliau.
MrJocko pun nak kerja rajin-rajin, kerja kuat, kerja keras, mahu juga jadi Jutawan dan Bilionair.
MrJocko.com
One Comment
hurm… mcam2 hal..