Taipei Main Station Stesen Keretapi Utama Di Taiwan
|Tempat menarik di Taipei memang banyak. Kebanyakkannya adalah senang akses menggunakan LRT atau rangkaian jaringan keretapi. Sebab itu, antara yang terkenal di sana ialah Taipei Main Station Stesen Keretapi Utama Di Taiwan. Ia kini menjadi nadi utama hubungan bandar-bandar di Taiwan kepada semua.
Lokasi Taipei Main Station di Taiwan ini terletak ditengah-tengah kota Taipei. Ia katanya dibuka pada tahun 1891 dikenali sebagai Taipei Railway Station. Kini, kompleks bangunan Taipei Main Station ini adalah lokasi pertemuan paling popular di Taipei selain dari bangunan Taipei 101.
Baca : Pengalaman Naik Keretapi Laju Di Taiwan TSR
Taipei Main Station di Taiwan
Kawasan sekitar Taipei Main Station ini dikelilingi oleh banyak lagi jaringan pengangkutan awam yang lain seperti Bas dan Teksi. Ia adalah kawasan yang amat popular dikalangan masyarakat tempatan, pelajar, pelancong dan sesiapa sahaja yang berkunjung di Taipei. Ini kerana, ia sejak dulu lagi menjadi tempat untuk anda mencari pusat jaringan keretapi seperti LRT atau Komuter di Taipei Main Station, ia adalah stesen interchange utama di Taipei.
Kalau nak ke bahagian utara atau turun ke bawah menuju ke Taoyuan dan Kaohsiung, inilah stesen paling senang korang naik. MrJocko di sini untuk naik keretapi Taiwan High Speed Rail https://www.thsrc.com.tw/index_en.html
Ruang bangunan Taipei Main Station ini sangar besar. Ia memang menjadi nadi pengangkutan awam di Taipei. Ada beberapa kaunter untuk korang membeli tiket, ruang penyimpanan barang, kaunter informasi, kedai serbaneka, kiosk jualan, kedai makan dan ruang menunggu.
Kat Taipei Main Stesen ini ada beberapa restoran menu makanan Halal Muslim. Ia adalah menu masakan Indonesia dan menu masakan Muslim Taiwan. Menurut info, ia terletak di bahagian tingkat 2 bangunan ini. MrJocko tidak berkesempatan nak lihat sendiri. InsyaAllah nanti MrJocko cari.
Yang pasti, kalau nak lepak di sini untuk seketika pun kira menarik. Lebih lagi, bila hari Ahad, kelihatan ribuan warga Indonesia bersantai di ruang legar bangunan Taipei Main Station ini menghabiskan waktu cuti hujung minggu mereka. Untuk info, ramai warga Indonesia datang berkerja di Taiwan sebagai pekerja Kilang, Pembantu rumah dan juga sebagai Pembantu Peribadi kepada golongan orang tua di Taiwan.
Antara servis yang ada di Taipei Main Station ini adalah :
- Taipei Double Decker ‘Hop-On, Hop-Off’ Bus (from outside Exit M4)
- Metro Subway – Taipei MRT (台北捷運)
- Train – Taiwan Railways (台鐵)
- Taiwan High Speed Rail (台灣高鐵)
- Local Bus – multiple stops around the station exterior
- Long-distance, intercity bus from Q-Square Long-Distance Bus Station (台北轉運站) or Kuo-Kuang Bus Station outside East Exit 3 (東 3 出口)
- Taiwan Taoyuan International Airport MRT (actually located closer to MRT Beimen Station, Green Line)
Oh ya, kalau nak ke Kaohsiung, paling cepat naik Taiwan Speed Rail dari sini untuk ke Stesen Kaohsiung. Sekitar 2 jam lebih sudah sampai ke sana, berbanding kalau menaiki bas atau kereta yang memakan masa sekitar 4 jam.
Untung bro dapat pergi ke Taipei.