Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tajaan Pakaian Dari Under Armour Malaysia

Rezeki kali ini, untuk penggambaran Travelogue Nota Kembara Bersama MrJocko adalah tajaan pakaian dari jenama terkenal dunia Under Armour. Alhamdulillah, rezeki MrJocko menerima tajaan pakaian dari Under Armour Malaysia. Tajaan ini berupa 2 helai t-shirt, 2 jogger pants, sepasang kasut, stocking dan beg sandang untuk program ini.

Tak pernah ada pakaian jenama Under Armour sebelum ini. Kali ini, nampaknya berpeluang merasa kualiti jenama hebat ini. Jenama yang terkenal seluruh dunia.

Rezeki Tajaan Under Armour

 

Tajaan Pakaian Dari Under Armour Malaysia

 

Sepanjang penggambaran Nota Kembara Bersama MrJocko, saya akan menggunakan kasut Charged Bandit 2 Under Armour dan juga pakaian yang telah ditaja. Walaupun sebenarnya kebanyakkan pakaian Under Armour adalah jenama yang lebih kepada pakaian ‘sukan’ dan aktif, tetapi seluar jogger dan t-shirtnya boleh dipakai pada bila-bila masa.

Kasut Charged Bandit 2 pula adalah kasut sukan yang lasak yang sesuai untuk ‘running’. Pun begitu, walaupun MrJocko bukan untuk berlari, kesesuaian kasut Under Armour ini masih lagi sesuai untuk di pakai ketika ‘walking’ dan aktiviti yang lasak.

Nak tahu sejauh mana keselesaan dan kualiti jenama terkenal di dunia ini, InsyaAllah akan MrJocko kongsi review produk ini dalam masa secepat mungkin.

 

Tajaan Pakaian Dari Under Armour Malaysia Tajaan Pakaian Dari Under Armour Malaysia Tajaan Pakaian Dari Under Armour Malaysia under-armour-malaysia-05 Tajaan Pakaian Dari Under Armour Malaysia under-armour-malaysia-07

 

 

Melihat kepada warna, corak dan rekaan pakaian aktif Under Armour ini memang akan menarik minat sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi kualiti kasutnya yang terkenal dan terbukti serta keselesaan memakai pakaian jenama Under Armour ini ketika aktiviti lasak.

Memandangkan MrJocko akan aktif untuk berjalan ke sana-sini dan juga merentas jalan yang jauh, harap-harap jenama ini memberikan keselesaan dan perjalanan yang terbaik ketika penggambaran travelogue ini.

Info tentang review produk pakaian dan kasut Under Armour ini akan MrJocko kongsi selepas selesai penggambaran nanti. InsyaAllah, MrJocko akan cuba ketahanan dan keselesaan kasut ini untuk perjalanan dari Perlis hingga ke Sabah.

Tunggu review kasut sukan Charged Bandit 2 dan juga pakaian lain jenama Under Armour dari MrJocko

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.