Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destination, Best Packages

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Tajin Moroccan Restaurant Taipei Menu Halal Muslim Cara Maghribi

Taipei bukan sahaja menyajikan menu halal yang berkonsepkan makanan ‘Chinese Foods’ semata. Ada banyak juga restoran makanan Timur Tengah di sini. Antara yang terkenal ialah menu makanan dari negara Morocco iaitu Tajin Moroccan Restaurant Taipei Menu Halal Muslim Cara Maghribi.

Ramai yan tahu, menu makanan Timur Tengah sangat berbeza dengan menu makanan ‘Chinese Foods’. Makanan jenis Timur Tengah ini banyak yang menghidangkan menu Daging, Roti dan beberapa rempah ratus.

Baca : Sup Daging Halal Paling Sedap Di Taipei

 


Tajin Moroccan Restaurant Taipei Menu Halal Muslim

tajine moroccan restaurant taipei 11 copy
 

One of the rarer styles of food available in Taipei, Moroccan cuisine is unique for its blending of many different spices and international tastes due to its role as a major trading port over the centuries. While there have been a few attempts at creating a nice Moroccan restaurant here over the years, Tajin takes it to another level with its authenticity and professionalism. But how’s the food? Read on to find out! – TaipeiTrends.com

 

Restoran ini terletak di tengah bandar Taipei, senang sahaja nak cari lokasinya. Paling mudah cari menggunakan Google Maps. Untuk lokasi yang lebih jelas dan mudah boleh semak di lokasi Google Maps sepert di bawah.

 

map tajin moroccan restaurant taipei

 

Kalau nak dikirakan, nama Tajin (bacaan Thojin) antara restoran ‘Rare’ di Taipei. Sebabnya, tidak banyak restoran Morocco di Taipei. Unik restoran ini ialah dengan cara penyajian makananya yang dihidangkan dalam ‘clay-pot’ tanah liat yang unik yang dikenali sebagai Tajin (Thojin), cara orang Maghribi. Mungkin sebab itu, rasa makanan di Tajin berbeza dari masakan biasa.

Restoran ini dibuka oleh Head Chef dan juga Co-Founder, Mr Hicham. Beliau yang berusaha keras dalam memperkenalkan menu-menu istimewa orang Maghribi. Sebab itu, menu yang korang makan di sini memang asli 100% datang dari cara masak orang Moroccan (Maghribi).

 

tajin moroccan restaurant taipei

 

Antara menu yang wajib korang cuba di Tajin Moroccan Restaurant Taipei ialah Ouarzazate Traditional Lamb, Fez lamb Shank, Meknes Beef with Plum, Rabat Lemon Chicken, Marrakech Cheese Kofla, Sawira Spicy Chicken dan banyak lagi. Setiap hidangan ini dihidangkan dengan Saffron Rice (nasi saffron) dan jiga Roti Pita. Harga satu set bermula dari harga TWD60 (MYR8.50), TWD120 (MYR17) dan juga TWD160 (MYR22).

 

tajin moroccan restaurant taipei tajin moroccan restaurant taipei tajin moroccan restaurant taipei tajin moroccan restaurant taipei

 

MrJocko pernah makan di restoran Morocco sebelum ini. Ya, rasa menu di sini hampir sama dengan menu yang pernah MrJocko pernah makan di Malaysia. Rasa memang sedap, ada rasa iras kari Malaysia tetapi ada lebihan rempah khas yang MrJocko sendiri tak kenal. Hahaha,,,

Antara menu yang sangat sedap, Marrakech Cheese Kofla. Lain rasa dia, ditambah dengan rasa cheese. Satu mangkuk pun boleh habis.

 

tajin moroccan restaurant taipei tajin moroccan restaurant taipei

 

Restoran ini terletak di bahagian belakang sikit, Keelung Road (Jilong | 基隆), agak sunyi dari jalan utama dan dekat dengan pasar malam LinJiang Nightmarket (臨江). Dekorasi restoran dihias dengan citarasa Moroccan style, dengan tambahan rekaan Arabian, warna terang dengan beberapa bilik makan untuk privacy. Dalamnya ada tambahan bantal dan juga langsir menambahkan rekaan Timur Tengah. 

Waktu operasi restoran ini bermula jam 11.30am – 2.30pm dan dibuka kembali pada jam 6.00pm – 9.00pm. Walaupun begitu, jika ada tempahan khas, mereka boleh hidangkan diluar waktu operasi.

Untuk informasi lebih lengkap baca review tentang restoran Morocco ini di link Moroccan Restaurant Taipei

Baca juga MrJocko Melancong ke Kaohsiung

Restoran Morocco

tajin moroccan restaurant taipei

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.