Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tak Perlu Lagi MyTravelPass Malaysia Untuk Keluar Negara

Ramai menunggu berita ini, sebab ramai yang sudah tak sabar untuk kembali travel ke luar negara. Terkini, YAB Perdana Menteri sendiri yang mengumumkan bahawa bermula 11 Oktober 2021, rakyat Malaysia tak perlu lagi guna MyTravelPass Malaysia untuk keluar negara. Bermakna, kita kini sudah boleh melancong keluar negara tanpa sebanrang halangan.

Serentak dengan pengumuman ini juga, Rentas Negeri di seluruh negara dibenarkan dengan mematuhi SOP asas, lengkap dos vaksin Covid-19. SOP lain juga masih digunapakai dan beberapa SOP lain juga masih berkuatkuasa sehingga pandemik ini menjadi endemik suatu masa nanti.

Baca : Boleh Rentas Negeri Bermula 11 Oktober 2021

My Travel Pass Malaysia

 


Tak Perlu Lagi MyTravelPass Malaysia Untuk Keluar Negara

mytravelpass malaysia
 

Sebelum ini, akibat perlaksanaan PKP dan pandemik Covid-19, seluruh sempadan negara ditutup dan hanya diberi kelonggaran kepada beberapa perkara penting sahaja. antara yang ramai tahu adalah urusan rasmi kerajaan dan beberapa perkara lain.

Namun, pada September 2021, pengecualian MyTravelPass diberikan atas beberapa sebab sperti di bawah :

PENGECUALIAN MYTRAVELPASS BAGI WARGANEGARA MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ingin memaklumkan berkuatkuasa 1 Oktober 2021, semua warganegara Malaysia yang ingin keluar negara atas tujuan di bawah, diberikan pengecualian daripada memohon kelulusan MyTravelPass (MTP):-
1. Pelajar yang baru mendapat tawaran belajar di universiti luar negara, bersama 2 orang pengiring;
2. Pelajar lama yang menyambung pelajaran di luar negara bersama 2 orang pengiring;
3. Pelajar yang menduduki peperiksaan di luar negara bersama 2 orang pengiring;
4. Urusan kecemasan seperti kematian dan sakit kritikal;
5. Bertemu isteri atau suami di luar negara dimana perkahwinan hanya didaftarkan diluar negara;
6. Menyertai acara sukan, seminar dan mesyuarat;
7. Menyertai misi bantuan kemanusiaan.
Jabatan ini juga ingin menjelaskan bahawa diplomat Malaysia dan diplomat asing kekal tidak perlu memohon MTP seperti ketetapan sedia ada.
Semua dokumen berkaitan tujuan perjalanan hendaklah ditunjukkan kepada Pegawai Imigresen yang bertugas di kaunter-kaunter di mana-mana pintu masuk negara.

DATO’ INDERA KHAIRUL DZAIMEE BIN DAUD
KETUA PENGARAH IMIGRESEN
MALAYSIA

Sumber : Jabatan Imigresen Malaysia

Tak Perlu Lagi My Travel Pass Malaysia

mytravelpass malaysia
 

“Pemansuhan MyTravelPass Jabatan Imigresen Malaysia bagi memudahcara pergerakan rakyat Malaysia ke luar negara berkuatkuasa 11 Oktober 2021” YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia.

Walaupun rakyat Malaysia yang telah lengkap dos vaksin dibenarkan untuk travel keluar negara, namun setakat ini, sempadan negara masih belum dibuka untuk pelancong asing bagi tujuan pelancongan.

Seperkara lagi, kita masih belum dapat memastikan negara mana yang boleh menerima pelancong dari Malaysia untuk memasuki negara mereka. Seeloknya, pastikan dulu sumber yang sahih, supaya kita tidak terperangkap dan rugi dikemudian hari.

Updated : Negara Turki menerima pelancong dari Malaysia dengan Syarat Lengkap Dos Vaksin dan Swap Test Di Lapangan Terbang.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.