Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tak Perlu PAS THAILAND dan Insurans COVID ke Thailand Mulai 1 Julai 2022

Tak perlu PAS THAILAND dan Insurans COVID untuk melancong ke Thailand bermula 1 Julai 2022. Satu lagi berita baik kepada semua Kaki Travel dan pelancong yang selalu berulang alik ke negara Gajah Putih itu. Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 Thailand (CCSA) telah meluluskan pembatalkan ‘Skim Pendaftaran Pas Thailand’ dan keperluan insurans kesihatan AS$10,000 untuk pelawat asing, berkuat kuasa 1 Julai 2022.

Untuk info semua, kedua-dua syarat ini pada mulanya telah dikeluarkan oleh pihak Thailand mulai 1 Jun 2022. Namun, ekoran dari pengawalan yang baik serta selepas data-data yang menyakinkan, pihak berwajib Thailand mengambil keptusan untuk menghapuskan syarat tersebut kepada pelancong yang bakal melawat negara itu berkuatkuasa bulan hadapan 1 Julai 2022.

Baca : Pesta Makanan Di Lumphini Park

Thailand Pass and Travel Insurance

 


Tak Perlu PAS THAILAND dan Insurans COVID ke Thailand

Thailand Pass Travel Insurance
 

Mulai tarikh 1 Julai 2022, warga asing hanya perlu menunjukkan bukti sama ada sijil vaksinasi atau RT-PCR negatif atau keputusan ujian ATK profesional dalam masa 72 jam perjalanan. Ini boleh dalam format cetak atau digital. Semakan rawak akan dibuat semasa ketibaan di lapangan terbang antarabangsa Thailand atau pusat pemeriksaan sempadan darat di semua 22 wilayah.

Pengembara yang tidak divaksin/tidak divaksin sepenuhnya yang diperiksa secara rawak dan jika tidak dapat menunjukkan bukti ujian negatif pra-ketibaan akan dikehendaki menjalani ujian ATK profesional di tempat kemasukan yang telah disediakan.
 

Thailand Pass Travel Insurance

Thailand Pass Travel Insurance
 

Sementara itu, CCSA turut meluluskan penetapan Bangkok dan 76 wilayah sebagai Pengawasan atau zon hijau, sekali gus membolehkan perniagaan dan aktiviti normal baharu disambung semula di seluruh negara. Dan sambil mengekalkan langkah keselamatan dan kesihatan di bawah pencegahan sejagat, Kerajaan Diraja Thai sedang bersiap sedia untuk mengumumkan satu set garis panduan baharu ketika negara itu melangkah ke dunia pasca-pandemik.

Sebagai rujukan untuk anda, bilik berita TAT akan menyediakan kemas kini secara terperinci melalui www.tatnews.org sebaik sahaja arahan rasmi diumumkan dalam Warta Kerajaan Diraja Thai.

Oleh itu, untuk anda yang sdah lama teringin nak ke Thailand, sdah boleh rancang lebih awal dengan membeli tiket penerbangan atau keretapi laju menuju je Padang Besar. Thailand sedang menunggu anda semua…

Thailand Pass Travel Insurance
Stesen Padang Besar

Thailand Pass Travel Insurance

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.