Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tak Perlu Visa Ke Jepun Cuma Perlu Passport Biometrik

Bila dengar tentang berita terbaru, Tak Perlu Visa Ke Jepun Cuma Perlu Passport Biometrik ia memang satu berita yang menarik untuk semua pengembara yang ingin ke Jepun. Ia pasti lebih mudah jika nak melancong ke Jepun selepas penghapusan Visa ke Jepun.

Teringat masa mula-mula nak ke Jepun, nak kena ke Jepun Embassy buat Visa untuk tujuan memasuki negara tersebut. Tahun 2012, masa tu masih kena buat VISA. Nasib baik urusan Visa dibuat oleh admin syarikat saya, kalau tidak mesti leceh. Lagipun kalau Individu, anda perlu ada sekurang-kurangnya RM10,000 dalam akaun simpanan atau aset yang boleh menyakinkan pihak Imigresen Jepun bahawa anda ke Jepun bukan untuk menjadi Pendatang Haram.


Tak Perlu Visa Ke Jepun : Cuma Perlu Passport Biometrik

Bila tadi MrJocko tengah kemas drawer meja ‘office’ kat rumah, baru perasan Passport MrJocko sudah mempunyai Biometrik. Jadi, lepas ni tak payah nak apply Visa kalau nak melawat negara Jepun untuk tempoh maksima 3 bulan.  Yeayyy!!!

Jepun memang negara yang best untuk dilawati. Kalau boleh, cari masa sekitar Mac hingga April. Kata orang sana, musim SAKURA memang menarik di Jepun. Anda akan lihat keindahan ciptaan tuhan yang penuh berwarna-warni dan tiada dapat dilihat dinegara lain. Ini kerana, musim bunga Sakura atau dipanggil Blossom di South Korea berbeza dan punyai pemandangan yang juga berbeza.

Tak Perlu Visa Ke Jepun

Selain Sakura, mestilah kena lawat Shinjuku Street dan juga Mount Fuji. Ini antara lokasi wajib kalau ke Jepun. Tak sabar nak tunggu offer tambang murah dari AirAsia untuk ke Tokyo atau Osaka. 

p/s : Nak ke Russia pun tak perlu Visa tau…

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.