Tak Setuju Dgn Azlan Zainol
|Hari ni baca paper Metro, skali terlihat satu artikel bertajuk “Harus Berwaspada”, yg memberi liputan berkenaan pelaburan menerusi Akaun 1, KWSP ke dalam pelaburan yg dikendalikan pleh pihak ketiga, pihak pengurus dana amanah.
Komentar dan pandangan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Azlan Zainol, antaranya
“Walaupun langkah ini baik, sebarang keputusan untuk melabur sendiri di luar daripada KWSP, perlu dilakukan berhati-hari terutamanya dengan keadaan ekonomi global semasa yang tidak menentu ini,” ( sila rujuk kpd artikel di atas ) Aku tak setuju dan rasa aku macam tidak adil.
1. Pelaburan yang dibuat oleh pencarum adalah pelaburan ke dalam syarikat2 yang sememangnya sudah diluluskan oleh pihak KWSP. Bermaksud sebelum ini syarikat2 ini memang punyai pulangan yang menguntungkan. Jadi kenapa perlu memberi perspektif negatif pada masa-masa kemerosotan ini? Masa yang pelabur mendapat keuntungan berlipat ganda, adakah pihak yg sama memberi pujian???
2. Memandangkan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu dan bersifat kemerosotan global, jangan kata Unit Amanah, saham2 mewah dan saham2 yang murah pun mengalami kesan kemelesatan dan kemerosotan yang sama.
3. Pencarum yang mencarum dalam KWSP rata-rata mereka yang berpelajaran. Tahu menilai dan mengawal kewangan masing2. Mungkin ada khabar2 yang mengatakan Pelaburan KWSP pun pernah kerugian berbillion, maka mungkin ramai yang takut dan mencari alternatif lain…
4. Kalau anda seorang yang tahu mengira, semestinya anda boleh mengagak bahawa, nilai pulangan yang diberikan oleh KWSP pun, bukan lah tinggi sangat. Tolak susut nilai matawang, inflasi dan nilai muka matawang dalam tempoh 10 tahun ke 25 tahun, saya secara peribadi mengatakan pulangan purata 6% setahun melalui KWSP adalah sesuatu yang tidak menguntungkan. Baik simpan dalam ASB, ASN dan seangkatannya dari simpan di KWSP?
Rosmadi Shakri
Sent from my iPad
3 Comments
rasanya ok kalau kita mempunyai sifat berwaspada terutamanya yang melibatkan duit….. tapi of course melabur dalam unit trust ni ada kebaikan dan keburukannya tersendiri, pandai-pandailah buat analisis sebelum membuat sesuatu perkara
stuju bab berwaspada, cuma pendapat aku, kalau dgn return 6% jer setahun, average, tak yah nak cakap banyak la,,, ASB jauh lagi bagusss
Terus terang kalau diberi pilihan, samada pekerja di malaysia boleh pilih simpan di KWSP dan Simpan sendiri, aku rasa, tak sampai 10% yg akan menyimpan di KWSP