Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Takjub Dengan Sejarah Osaka Castle Osakajo Di Jepun

Pertama kali melihat Istana Osaka ini, buatkan MrJocko kagum. Takjub Dengan Sejarah Osaka Castle Osakajo Di Jepun tersergam indah. Sejarah lama di Jepun juga tidak kurang hebat dengan pemerintahan Maharaja Jepun yang terkenal di negara Matahari Terbit ini. Osaka Castle adalah di antara tinggalan sejarah penting dalam catatan kehebatan Maharaja di Jepun.

Istana Osaka (Osaka-jo) telah dibina oleh hegemon Toyotomi Hideyoshi, yang memerintah Jepun pada separuh kedua abad ke-16, di atas tapak kuil yang dikenali sebagai Ishiyama Hongan-ji. Kerja-kerja pembinaan bermula pada 1583 dan kebanyakannya bangunan seperti menara istana telah siap pada 1585.

Baca : Tempat-Tempat Pelancongan Di Osaka Jepun

 


Takjub Dengan Sejarah Osaka Castle Osakajo Di Jepun

osaka castle osakajo
 

Kalau nak melawat Osaka Castle Osakajo ini menggunakan public transport, paling mudah dengan menggunakan keretapi LRT dan berhenti di Stesen Tammabashi. Stesen ini berada dalam jaringan Keihan Main Line di Osaka. Dari stesen ini anda perlu berjalan kaki selama 5 minit dan anda akan lihat pintu pagar Osakajo Osaka Castle ini tersergam indah.

Kiri dan kanan di sepanjang perjalanan untuk memasuki ke ruang kawasan Osaka Castle Museum utama di atas sana, anda boleh melihat senibina unik kubu pertahanan yang di bina mengelilingi Istana Maharaja ini. Ia di kelilingi oleh sungai buatan yang dibina untuk menghalang musuh dari menyerang Istana Maharaja.

 

Takjub Dengan Sejarah Osaka Castle Osakajo Di Jepun osaka-castle-osakajo-02

 

Untuk masuk ke perkarangan Osaka Castle Osakajo adalah percuma. Tidak ada sebarang bayaran. Anda boleh melihat sekitar ruang yang agak besar sebelum memasuki Istana Maharaja. Tetapi jika anda bercadang untuk melihat apa yang menjadi tinggalan sejarah yang terdapat di alam Istana Maharaja (Osaka Castle Museum) anda akan dikenakan bayaran Yen 600 sahaja untuk setiap pelawat.

MrJocko menggunaka Osaka Amazing Pass untuk sehari, termasuk pakej Pengangkutan, Pass Masuk ke 2 Museum di Osaka dan beberapa kemudahan lain. http://www.mrjocko.com/tag/osaka
 

Takjub Dengan Sejarah Osaka Castle Osakajo Di Jepun

osaka-castle-osakajo-05 Takjub Dengan Sejarah Osaka Castle Osakajo Di Jepun

osaka castle osakajo 00
 

Istana Osaka ini pernah menjadi Istana terbesar di zaman kegemilangannya dan melalui beberapa proses runtuh akibat peperangan dan kemudian dibina kembali. Ada banyak yang boleh anda pelajari tentang sejarah Osaka Castle Osakajo ini. Sebab itu, MrJocko cadangkan anda singgah di sini bila ada peluang.

Musim Bunga Sakura di Osaka juga lebih menarik di sekitar Osaka Castle Park di mana rata-rata pokok bunga sakura di sini berbunga dan memberikan pemandangan yang sangat cantik berlatarbelakangkan istana yang hebat ini.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.