Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destinations

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Taman Botani Negara Shah Alam Animal Park Seluas 72 Hektar

Orang Shah Alam pasti berbangga dengan lokasi ini. Kalau dulu, ia dikenali dengan Bukit Cerakah, kini ia mula dikenali dengan nama baru, Taman Botani Shah Alam. Di dalamnya ada beberapa bahagian yang menarik, termasuk Taman Botani Negara Shah Alam Animal Park Seluas 72 Hektar yang menempatkan banyak haiwan seperti Rusa, Kuda, Kucing, Burung dan banyak lagi. Lokasi ini menjadikan ia sebagai mini zoo di Selangor untuk anda lawati.

Kini, ia menjadi lokasi santai setiap hari di kawasan Shah Alam yang boleh anda letakkan dalam list lawatan dalam negeri untuk sekeluarga. Ini kerana, kadar bayaran masuk ke Taman Botani Negara Shah Alam sangat murah, hanya MYR3 untuk dewasa dan MYR1 untuk kanak-kanak dan Warga Emas. Kanak-kanak bawah 6 tahun adalah PERCUMA.

Baca : Tempat Shopping Kain Murah di Shah Alam Selangor

 


Taman Botani Negara Shah Alam Animal Park

Taman Botani Negara Shah Alam Animal Park
 

Ini bermaksud, hanya dengan bayaran MYR3 anda boleh alami pengalaman seharian di dalam Taman Botani Negara Shah Alam, termasuk ke beberapa tarikan utama di dalam ini seperti Animal Park, Ornamental Garden, Spice and Beverages Garden, Orchid Garden, Tropical Fruits Garden, Paddy Field Garden dan juga Herbs and Medical Garden.

Hanya untuk masuk ke 4 Seasons Temperate House dikenakan bayaran tambahan iaitu MYR3 untuk Spring, Summer dan Autumn. Bagi musim Winter, anda akan dikenakan sebanyak MYR5 untuk pengalaman selama beberapa minit di dalam rumah salji ini.
 

Taman Botani Negara Shah Alam Animal Park

Taman Botani Negara Shah Alam Animal Park

Taman Botani Negara Shah Alam Animal Park
 

Berbalik kepada Animal Park di dalam Taman Botani Negara Shah Alam, nampaknya ia dijaga dengan baik. Kelihatan ada Rusa, Kuda, Kucing, Arnab, Landak, Burung Kakaktua, Kurung Merpati dan beberapa haiwan kecil yang lain.

Cadangan MrJocko, jika ada belanja lebih, boleh ditambah beberapa haiwan lain untuk memeriahkan mini zoo di dalam Taman Botani Negara Shah Alam ini.

Baca : MrJocko dan Malaysia
 

Taman Botani Negara Shah Alam Animal Park

Taman Botani Negara Shah Alam Animal Park

Taman Botani Negara Shah Alam Animal Park

Untuk kedudukan haiwan di dalam Animal Park Taman Botani Negara Shah Alam ini, kawasan untuk rusa paling besar. Mungkin sebab ia antara haiwan yang senang dipelihara dan di jaga di dalam keadaan cuaca di Malaysia.

Namun, kalau di lihat, antara yang disukai oleh kanak-kanak ialah kucing, arnab, kuda dan juga burung. Rusa mungkin bukan tarikan utama kanak-kanak untuk ke mini zoo.

Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Taman Botani Negara Shah Alam, boleh layari laman web rasmi mereka di sini http://www.tbnsa.gov.my/web/guest/home

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.