Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Taman Botani Perdana Kuala Lumpur Dengan Wajah Baru

Tempat riadah di Kuala Lumpur ni sebenarnya ada banyak. Paling popular ialah Taman Tasik Titiwangsa dan Taman Tasik Perdana. Kini, nama Taman Tasik Perdana sudah ditukar dan dikenali dengan nama Taman Botani Perdana Kuala Lumpur. Setelah menjalani perubahan sejak beberapa tahun, Taman Botani Perdana ini sudah ada pembaharuan dengan wajah baru.

Taman Botani Perdana terletak bersebelahan dengan Tugu Negara, Padang Merbuk, Bukit Aman, Taman Burung Kuala Lumpur, adalah antara destinasi popular setiap hari lebih-lebih lagi hujung minggu.

Taman Botani Perdana Kuala Lumpur

Taman Botani Perdana Kuala Lumpur Dengan Wajah Baru

Taman Botani Perdana Kuala Lumpur mempunyai dua kawasan Playground untuk kanak-kanak dan ruang laluan trek jogging yang agak luas. Selain itu, ada struktur binaan diruang tengah berbumbung lebar dibina untuk aktiviti skateboard, skating, basikal untuk anak-anak dan beberapa aktiviti lain setiap hari.

Secara pribadi, MrJocko dan family suka singgah di Taman Botani Perdana KL kerana ia lebih mudah, dekat dan tidak terlalu padat. Anak-anak suka main buaian dan gelongsor di dua playground berdekatan dan tak perlu nak beratur berebut sebab ia cukup.

Taman Botani Perdana Kuala Lumpur Dengan Wajah Baru

Taman Botani Perdana Kuala Lumpur Dengan Wajah Baru

Taman Botani Perdana Kuala Lumpur Dengan Wajah Baru

Taman Botani Perdana Kuala Lumpur Dengan Wajah Baru

Taman Botani Perdana Kuala Lumpur Dengan Wajah Baru

Baca juga MrJocko dan Lake Garden

Ruang parkir di Taman Botani Perdana pun terhad, tetapi masih lagi boleh untuk cari ruang. Kalau datang lebih awal, sekitar jam 5.00 petang lagi baik kerana ada banyak ruang parkir kosong.

Ada banyak pilihan untuk orang dewasa. Samada nak lepak santai sambil lihat anak-anak bermain, mereka juga boleh nak jogging sepanjang trek yang disediakan. Ia membawa ke sekitar tasik, ruang legar berbumbung dan melalui bukit-bukit yang agak mencabar stamina.

taman botani perdana

taman botani perdana

Di dalam Taman Botani Perdana KL juga ada Taman Rusa dan ia adalah PERCUMA. Selain dari itu ada perkhidmatan Trem setiap hari dan ia boleh dinaiki oleh semua peringkat umur dengan bayaran yang sangat minima dan murah. Berbaloi pusing satu Taman Botani Perdana KL dengan Trem.

Kedai makan juga disediakan didalam Taman Botani Perdana KL ini. Ada 2 gerai makanan untuk pengunjung, satu berdekatan dengan Playground dan satu lagi berdekatan dengan tasik.

Untuk anda yang tidak ke mana-mana waktu hujung minggu, jika berada di Kuala Lumpur, singgah la di Kuala Lumpur Botanical Garden atau dikenali sebagai Taman Botani Kuala Lumpur. Layari laman web mereka di sini http://www.klbotanicalgarden.gov.my

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.