Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Taman Botani Putrajaya Ada Lebih 700 Spesis Tumbuhan Dunia

Tempat menarik di Putrajaya ada banyak. Antara yang popular setiap hari dan saban minggu ialah lokasi Taman Botani Putrajaya. Di sini, ‘Botanical Garden’ Wilayah Persekutuan Putrajaya ini ada lebih 700 spesis tumbuhan dunia dan ia dikumpulkan dalam satu taman yang cantik untuk aktiviti riadah.

Terletak hanya beberapa kilometer dari Dataran Putrajaya, Taman Botani ini antara destinasi santai saban minggu buat penduduk Putrajaya dan juga sekitarnya, termasuk dari pelancong tempatan Kuala Lumpur, Nilai, Bangi dan juga sekitar Kajang.

Baca : MrJocko dan Lake Garden

Taman Botani Wilayah Persekutuan Putrajaya

taman_botani_putrajaya

taman_botani_putrajaya

taman_botani_putrajaya

Tiada bayaran yang dikenakan kepada ruang parkir atau yuran masuk ke taman awam sini. Ia percuma. Tetapi untuk masuk ke tempat seperti Morocco Pavillion, menaiki Tram/Buggy, naik Basikal dan lawatan Berpandu, ada bayaran tertentu akan dikenakan. Boleh rujuk jadual pembayaran seperti di atas.

Jika anda bercadang untuk menjalankan aktiviti secara berkumpulan sebaiknya hubungi dahulu pihak pengurusan Taman Botani. Kalau tak silap, anda perlu membayar sedikit Yuran Aktiviti. Berapa jumlah bayaran tersebut boleh semak dengan pihak pengurusan.

Taman Botani ini dibuka setiap hari kecuali pada hari Selasa, dari seawal jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang.

taman_botani_putrajaya

taman_botani_putrajaya

taman_botani_putrajaya

Selain dari taman rekreasi yang luas, di sini ada diletakkan beberapa bahagian untuk lawatan pelancong atau pelawat.

Banyak lokasi dan sudut di sini sesuai kalau nak ambil gambar. Kata ramai Photographer, di Taman Botani ini juga antara spot menarik untuk buat Wedding Shooting.

taman_botani_putrajaya

taman_botani_putrajaya

Kali ini, kami hanya sempat singgah di kawasan luar ‘Botanical Garden’ ini. InsyaAllah, kalau ada rezeki lain kali kami singgah untuk santai di sini. Layan basikal dan tram pun nampak sangat menarik.

Kalau nak survey apa kata pelancong yang pernah ke sini, boleh jenguk komen dan juga cadangan di laman web TripAdvisor Taman Botani Putrajaya.

Nak senang cari okasi Taman Botani Wilayah Persekutuan Putrajaya, bagi mereka yang kurang arif tentang laluan di Putrajaya, hanya pastikan anda berada di bulatan Putrajaya dan tuj ke alamat ini : Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1, Putrajaya, Selangor, 62000, Putrajaya, WP Putrajaya.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.