Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tempat Menarik Taman Hutan Lagenda Di Taman Negara Johor

Taman Negara Johor antara lokasi yang MrJocko singgah masa Johor Media Race 2016. Pengalaman pertama berada di Taman Negara di bawah jajahan Johor ini satu pengalaman baru. Tambah lagi, pertama kali singgah untuk menginap di Taman Hutan Lagenda di Taman Negara Johor, berdekatan dengan Gunung Ledang.

Pernah dengar cerita Puteri Gunung Ledang? Di sini lah terletaknya gunung yang terkenal di Johor dan menjadi sejarah sejak zaman berzaman, kisah riwayat Hang Tuah dan banyak lagi sejarah Melayu di dalam cerita Tanah Melayu, khususnya negeri Johor.

Baca : Makan Sate Maharani Popular Di Bandar DiRaja Muar Johor

 


Taman Hutan Lagenda Di Taman Negara Johor

taman-hutan-lagenda-resorts
 

Lokasi Taman Hutan Lagenda ni berada tidak la jauh dari jalan utama. Untuk ke sini, jika dan dari lebuhraya, pastikan anda keluar di Tangkak. Dari pekan Tangkak, anda harus menuju ke Sagil dan akan melalui lokasi terkenal ini, Taman Hutan Lagenda di Taman Negara Johor.

Jika nak ke sini, anda boleh memandu sendiri, boleh menaiki Teksi dengan bayaran sekitar RM140 untuk satu perjalanan atau dengan menaiki bas awam dari bandar Johor Bahru, melalui Stesen Bas Larkin.

 

taman-hutan-lagenda-resorts

taman-hutan-lagenda-resorts taman-hutan-lagenda-resorts taman-hutan-lagenda-resorts taman-hutan-lagenda-resorts

taman-hutan-lagenda-resorts taman-hutan-lagenda-resorts
 

MrJocko dan rakan media bermalam di chalet di Taman Hutan Lagenda ini dan mengadakan aktiviti ‘Jungle Tracking’ pada waktu malam serta beberapa aktiviti di dalam dewan. Memang lokasi ini, sesuai untuk aktviti dan program Motivasi, Kem Bina Semangat, Team Building dan juga beberapa aktiviti sosial yang lain.

Selain dari chalet dan penginapan, di sini ada pelbagai kemudahan untuk aktiviti berkumpulan dan menjadi tumpuan banyak syarikat awam dan swasta setiap tahun.

Jangan risau, ada kemudahan kantin dan cafe di sini untuk pengunjung serta ruang parkir yang luas. Sekali sekala menginap di dalam hutan dengan kedinginan malam seperti ini, memang syiokkk!!! Tambah lagi, bila waktu pagi, kabus yang sejuk memang memukau keindahan di sekitar Taman Negara Johor ini.
 

taman-hutan-lagenda-resorts taman-hutan-lagenda-resortstaman-hutan-lagenda-resorts taman-hutan-lagenda-resorts

 

Taman Hutan Lagenda Di Taman Negara Johor

Ada banyak pilihan dorm atau chalet yang boleh anda pilih jika menginap di sini. Harga berbeza mengikut saiz dan jenis. Kalau datang ramai-ramai dan buat aktiviti berkumpulan, mesti lah seronok. Tambah lagi kalau ramai-ramai menjalankan aktiviti untuk kem motivasi dan juga team building.

Akan datang, mereka akan menyediakan aktiviti climbing, camping, paintball dan juga mountain bike untuk dibuka kepada orang awam.

Tak sempat nak stay lama kat sini, hanya sehari dan semalam tetapi memang best. Bila malam sejuk. Bila pagi berkabus, memang rasa macam malas nak bangun, hahaha,,,

Untuk anda yang nak tempah, boleh call pihak pengurusan :

JOHOR NATIONAL PARKS CORPORATION

Level 1, Dato’ Mohamad Saleh Perang Building, Kota Iskandar, 79100 Nusajaya, JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA.
+607 266 1301
+607 266 1302
Email : jnpc@johor.gov.my

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.