Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Taman Jepun Bukit Tinggi Pahang Lokasi Percutian Murah

 

Salah satu lokasi percutian murah dan dekat dengan Kuala Lumpur ialah di Taman Jepun, Bukit Tinggi, Pahang yang terletak di kawasan panorama indah di Berjaya Hills Resort, Bentong, Pahang. Di sini terdapat tarikan yang selalu menjadi pilihan pelancong seperti Colmar Tropicale dan juga Japanese Village yang terletak di ketinggian 3,500 meter dari paras laut.

Taman Jepun ini sebenarnya berada dalam kawasan Japanese Village (Perkampungan Jepun) yang sebenarnya  diilhamkan oleh arkitek Jepun iaitu Kaio Ariizumi untuk Berjaya Hills. Kini, Japanese Village di sini semakin terkenal dan menjadi tarikan pengunjung selepas berkunjung ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi.

Taman Jepun di Bukit Tinggi Colmar
 
Taman Jepun di Bukit Tinggi Colmar
 
 

Taman Jepun Bukit Tinggi

MrJocko berkesempatan ke sini buat pertama kali bersama-sama keluarga. Kali ini, MrJocko datang dengan isteri, anak-anak, adik-adik dan juga Mak untuk sama-sama merasai suhu dingin sekitar Bukit Tinggi, Berjaya Hills, Pahang ini. Untuk ke Colmar Tropicale, kami semua sempat menikmati pemandangan di sana, tetapi untuk ke Taman Jepun, Mak MrJocko terpaksa rehat di bawah kerana tidak boleh nak mendaki jalan yang agak berbukit untuk sampai ke Taman Jepun Bukit Tinggi.

 

Taman Jepun Bukit Tinggi

 

Taman Jepun di Bukit Tinggi Colmar

 

Taman Jepun di Bukit Tinggi Colmar

 

Taman Jepun Bukit Tinggi Pahang

 

Taman Jepun di Bukit Tinggi Colmar

 

 

Taman Jepun Bukit Tinggi 

 

Untuk masuk ke Colmar Tropicale dan Japanese Village di Berjaya Hills ini, anda cuma dikenakan sebanyak RM12 sahaja bagi seorang dewasa. Ia harga yang sangat berpatutan. Sebab itu, jika anda datang ke Colmar Tropicale, anda mesti singgah di Taman Jepun Bukit Tinggi kerana kedudukkannya hanya bersebelahan sahaja.

Di Japanese Village, pengunjung akan ditawarkan untuk melawat sekitar Taman Jepun yang mempunyai suasana dingin dan berkabus, air sungai yang jernih, pintu gerbang chumon, Japanese Tea House, spa Tatami, UME Tatami Suite, taman botanikal, restoran Ryo Zan Tei dan beberapa gerai cenderahati.

Memang best bila dapat berpeluang berjalan dengan melewati deretan rumpun pokok buluh, pokok-pokok renek, pokok ala bonsai serta batu-batu gunung. Di kolam ikan berhampiran, ada beberapa jenis spesies ikan koi dalam pelbagai jenis dan warna yang menarik. Ia kelihatan jinak berenang ke sana dan ke mari dan sangat mengasyikkan sesiapa sahaja yang melihatnya.

 

 

 
 

 

Taman Jepun di Bukit Tinggi Colmar
 

Taman Jepun Bukit Tinggi Pahang 

 

Berbaloi jika singgah di Taman Jepun Bukit Tinggi Pahang ini kerana ia memang memberikan pengalaman baru kepada kami. Suhu yang dingin, suasana yang sejuk, nyaman serta pemandangan kiri kanan yang hijau dan memang menarik. Ia memang umpama berada dalam mimpi indah.

Tak sia-sia kami memandu dari Kuala Lumpur ke Berjaya Hills Pahang ini selama satu jam dan di sini ia memberikan kami pengalaman bercuti di Bukit Tinggi yang sangat menarik. Sudah pasti kami akan ke sini lagi, Colmar Tropicale dan juga Taman Jepun di Japanese Village Berjaya Hills, Pahang.

 
 

 

Taman Jepun di Bukit Tinggi Colmar

 

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.