Site icon Travel Blogger Malaysia

Taman Saujana Hijau Putrajaya Travel Cuti Cuti Malaysia

taman suajana hijau putrajaya

Taman Sujana Hijau Putrajaya

Setelah sekian lama terkurung, pasti ramai antara kita nak hidup udara segar dengan pemandangan tenang di luar sana. Apa kata, kali ini kami perkenalkan Taman Saujana Hijau Putrajaya, lokasi viral terbaru untuk projek Travel Cuti Cuti Malaysia anda bersama keluarga atau bersama kawan-kawan.

Hanya terletak sakitar 35km dari pusat bandar Kuala Lumpur dan 5km daripada Dataran Putrajaya, lokasi ini seharusnya boleh dijadikan destinasi santai pada hujung minggu. Bukan sahaja untuk aktiviti riadah, ia juga boleh dijadikan port untuk piknik, melihat koleksi bunga-bunga yang cantik serta menunggu waktu matahari terbit atau matahari terbenam.

Baca : Tempat Menarik Di Lokasi Taman Botani Putrajaya

Taman Saujana Hijau Putrajaya

 


Taman Saujana Hijau Putrajaya Travel Cuti Cuti Malaysia

taman suajana hijau putrajayaFacebook Warga Wilayah, beberapa keping gambar yang dikongsi di sini sangat menyakinkan orang ramai bahawa di sini ada lokasi-lokasi menarik untuk warga sekitar Putrajaya bersantai.

Di sini, bukan sahaja untuk aktiviti berjalan kaki, joging, berbasikal ataupun berkelah, ia pasti akan menjadi pengalaman yang baru untuk kita.

Khabarnya, ada banyak susunan pokok pine yang terletak di sini mempunyai pemandangan yang cantik dan sangat redup untuk anda singgah berkelah bersama keluarga atau rakan-rakan.
 

Taman Saujana Hijau Putrajaya Cuti Cuti Malaysia

Taman Saujana Hijau dikelilingi oleh senam tumbuhan seperti pain, juniperus, thuja dan banyak lagi. Gymnosperma tumbuhan juga dikenali oleh beberapa saintis sebagai fosil hidup kerana ia telah wujud sejak zaman Devon (410-360 juta tahun yang lalu) sebelum dinosaur.

Terdapat tanaman asli Queensland, Australia, Black Boy (Macrozamia moorei) yang mempunyai mahkota seperti pokok palma dan batang hitam seperti sarang lebah.

Terdapat 3 bustan (taman) berbeza yang dibina di setiap bahagian / bukit yang terletak di taman ini, Bustan English, Bustan Oriental dan Bustan Eroopah. Ketiga bustan ini terdapat di setiap bustan yang mempunyai reka bentuk English, China, dan Eropah.
 


 

Sebelum ini, kami pernah singgah di Taman Tasik Putrajaya dan juga Taman Botani Putrajaya. Ini kali pertama kami dengar lokasi ini dan rupanya ia menyimpan banyak port yang cantik untuk kita nikmati.

Limpahan warna-warni bunga-bunga di sini memang memukau dan berbaloi untuk di kunjungi. Ratusan spesis tumbuhan ada disini dan pastinya keindahan landskap ini boleh menarik ramai pelancong ke sini sebagai destinasi santai setiap minggu.

Untuk ke sini, boleh cari lokasi ini dengan menggunakan alamat Taman Saujana Hijau, Jalan P11, Presint 11, 62000 Putrajaya.

Selamat bercuti di dalam Malaysia, sokong usaha kerajaan dengan menyokong industri pelancongan domestik supaya ia dapat mengembalikan taraf ekonomi setempat dengan secepat yang mungkin.

Exit mobile version