Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Top 5 Taman Tema Terkenal Di Russia Wajib Lawat

Russia antara negara yang menawarkan banyak produk pelancongan unik, tak sama dengan negara Eropah dan juga Asia. Bukan sahaja pemandangan yang cantik, Russia juga tawar banyak taman tema terbaik untuk pakej pelancongan keluarga dan bersama rakan-rakan. Jom kita kongsi sedikit tentang tempat menarik di Russia, Top 5 Taman Tema Terkenal Di Russia Wajib Lawat.

Taman Tema di Russia banyak yang menawarkan taman air sebagai salah satu destinasi pelancongan keluarga dan percutian musim panas. Selain itu, ada juga Taman Safari, Taman Negara dan juga Indoor Activity yang boleh disertai oleh semua lapisan umur.

taman tema terkenal di russia

 


Top 5 Taman Tema Terkenal Di Russia

Taman Tema Terkenal Di Russia

Ini dia senarai tempat menarik di Russia, taman tema yang boleh anda terokai kalau melancong ke Russia.

taman tema terkenal di russia 02 divo ostrov
Divo Ostrov Russia

Divo Ostrov, St. Petersburg

Alami pengalaman seumpama taman tema fantasi Disneyland, tetapi dengan cara Russia. Ia adalah tempat tumpuan pelancong dan keluarga untuk bersantai. Diberikan nama Divo Ostrov, ia menampilkan 34 tunggangan permainan yang menarik, termasuk mainan untuk keluarga dan juga tunggangan ekstrem. Antara yang menarik ialah catapult rides, big wheel, whirlwind roller coaster, high-winged swing, dan juga setinggi 56 meter (184 ft) free-fall tower.

taman tema terkenal di russia 03 Safari Park
Safari Park Russia

Safari Park, Gelendzhik

Singgah di Safari Park Russia untuk belajar tentang kehidupan haiwan liar di Russia. Safari Park di Gelendzik ini adalah pusat rehabilitation haiwan pertama di pantai ‘Black Sea’. Haiwan-haiwan yang terlindung di sini telah dijumpai cedera atau tidak punyai keluarga dan dibawa masuk dari sarkas Russia. Taman itu menyimpannya dalam sangkar terbuka dan selesa. Perjalanan menaiki kerusi ke puncak rabung menawarkan pemandangan bandar dan teluk dari 640 m (2,100 kaki) di atas paras laut.

Lihat pameran ‘Depth of Ages and Waters’ di muzium marin dan lawati gua buatan pertama di Russia. Mesti lawat ke sini, untuk melawat Safari Park dan tarikan lain di Gelendzhik

taman tema terkenal di russia 04 sokci park
Sochi Park Russia

Sochi Park , Sochi

Terokai dunia ajaib fairytales Russia di Sokci Park. Cuba pengalaman dalam pelbagai siri tunggangan di Sochi Park. Tempat ini adalah, sebahagian daripada projek penstrukturan semula bandar yang pernah menjalani persiapan untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014. Untuk informasi, taman tema Sokci Park ini mempamerkan warisan budaya Rusia.

Mempunyai lima kawasan Tema yang berbeza, anda akan melihat segala-galanya dari Kesatria dan Naga hingga teknologi ruang angkasa. Taman ini mempunyai beberapa roller coaster yang paling tinggi dan terpantas di Rusia, serta pilihan restoran dan kafe tradisional dan antarabangsa.

taman tema terkenal di russia 05 rivjera
Riviera Park

Riviera Aquapark , Kazan

Antara lokasi tumpuan keluarga. Riviera Park antara destinasi yang diminati oleh sekeluarga. Alami pengalaman laut dalam dalam Riviera Aquapark. Untuk orang dewasa, ada pengalaman untuk merasai Spa dan juga mandian Urutan Jakuzi.

Untuk pengalaman tunggangan permainan, ada pelbagai permainan untuk semua peringkat umur di sini, termasuk dengan kolam dan sungai yang tenang. Untuk kanak-kanak boleh bermain di Pirate’s Fort. Dengan lebih dari 50 tarikan yang berbeza, ini mesti antara tempat menarik di Russia, wajib anda lawat.

taman tema terkenal di russia 06 etnomir
Etnomir Etnomir Tourist Complex Russia

Etnomir Tourist Complex , Petrovo

Lokasi Etnomir Tourist Complex ini berbeza sedikit dengan taman tema yang biasa. Di sini pelancong boleh merasai pelbagai pengalaman budaya yang berbeza dengan mencuba sendiri Kraftangan Tradisional Russia. Ia terletak di kawasan yang agak tenang sejauh 110km dari bandaraya Moscow. memaparkan tradisi asli pelbagai kumpulan etnik, dari Belarus dan Ukraine, sepanjang jalan ke sudut jauh dari Siberia dan Himalaya.

Lihat sendiri rumah-rumah tradisi, seperti Yurts Mongolia atau rumah-rumah Nepal. Atau rasakan sendiri kepelbagaian masakan kebangsaan, melihat pameran muzium dan haiwan di kandang mini. Ini masa untuk pelancong mempelajari tentang adat istiadat tradisional sebahagian dari budaya masyarakat Russia.

Baca : MrJocko dan Tempat Menarik di Russia

Senarai Taman Tema Terkenal Russia

Selain dari senarai Top 5 Taman Tema Terkenal di Russia, ada beberapa lagi destinasi pelancongan menarik di Russia boleh anda lawati. Antara yang disebut-sebut pelancong ialah di Zolotaya Bukhta Water Park, Piterland Aquapark, Adventure Park Tree To Tree dan banyak lagi.

Memandangkan negara Russia ini sangat luas, pilih sahaja bahagian mana yang ingin anda terokai. InsyaAllah setiap destinasi ada tempat menarik untuk dikunjungi.

Dapatkan informasi tentang pelancongan di Russia di laman web Russia Tourism.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.