Site icon Travel Blogger Malaysia

Flora Dan Fauna Di Taman Tugu Trail Kuala Lumpur

Khas buat orang Kuala Lumpur, ada tempat baru untuk korang teroka setiap hari. Ia satu lokasi yang sangat strategik, di tengah kesibukkan kotaraya Kuala Lumpur dan ia menawarkan pengalaman flora dan fauna tanpa sebarang bayaran dikenakan. Ia adalah Taman Tugu Project dan dikenali dengan nama Taman Tugu Trail Kuala Lumpur.

Taman Tugu adalah satu tempat riadah, dengan keluasan kira-kira 40 ekar yang terdiri daripada kira-kira 4km laluan hutan kini terbuka setiap hari kepada orang ramai dari jam 7.00 pagi hingga jam 6.30 petang dan kemasukan percuma.

Teroka Flora Dan Fauna Di Taman Tugu Trail Kuala Lumpur

Taman Tugu Trail Kuala Lumpur 06 copy

Taman Tugu Trail

Baca : MrJocko dan Aktiviti Menarik

Khabarnya, menjelang tahun hadapan, 2020, lokasi ini akan membuka lebih banyak laluan dan akan mempunyai kira-kira 7km laluan hutan yang tersedia untuk dimanfaatkan oleh orang ramai, khususnya mereka yang suka dengan aktiviti riadah seperti ini.

Lokasi Taman Tugu Trail terletak di utara Taman Botani Perdana dengan Tugu Negara di selatan-barat. Ada Padang Merbok di selatan-timur dan Bank Negara Lanai Kijang di sebelah timur tapak.

Laman ini bersebelahan dengan Taman Botani Perdana yang dipisahkan hanya oleh Jalan Parlimen dan akan menjadi pengembangan ruang hijau itu. Sebab itu saya kata, ia lokasi yang sangat strategik ditengah-tengah kesibukan kotaraya Kuala Lumpur.

Untuk ke Taman Tugu Trail, anda boleh memandu dengan menuju ke lokasi Tugu Negara dan Taman Tugu Trail ini berada kira-kira 100 meter dari Tugu Negara. Atau jika anda menggunakan perkhidmatan Teksi atau Grab, pandukan alamat ke “Taman Tugu Nursery” menggunakan aplikasi Google Maps atau Waze. Ia akan bawa anda ke pintu hadapan Taman Tugu Nursery.

Taman Tugu Trail Kuala Lumpur
Buaian Taman Tugu Trail Kuala Lumpur

Ruangan parkir di kawasan Taman Tugu Trail ini adalah percuma tetapi terhad

.

Ia satu kemudahan taman riadah terbaik setakat ini sekitar Kuala Lumpur. Hari minggu, kalau dari rumah MrJocko, hanya memakan masa selama 15 minit sahaja dengan kereta dan 10 minit dengan motorsikal.

Selain dari kemudahan parkir, ia menyediakan tandas yang sangat selesa, ruangan pentas yang sederhana besar untuk aktiviti dan Food Truck untuk anda makan dan minum.

Untuk mereka yang nak cuba, boleh ke sini. Ia satu laluan hutan yang mudah dan tahap serba mudah, mesra pengguna seawal umur 2 tahun. Setakat ini, kalau nak kira trek ini, ia memakan jarak sehingga 2km. Untuk pengguna amatur, ia sangat sesuai sambil beriadah sambil menghirup udara segar dan nikmati flora dan fauna di sekelilingnya.

Informasi lanjut, layari : Taman Tugu Trail Kuala Lumpur.

Exit mobile version