Site icon Travel Blogger Malaysia

Tambah Skru Bumper Yang Hampir Jatuh

ganti_nuts_01

Hari tu camana entah, Wifey terlanggar bonggol jalan laju sikit daripada biasa. Lepas tu baru dia perasan yang bumper kereta dia dah macam nak jatuh. Bila MrJocko tengok, memang nak jatuh pun. Bila buka bonet, skali tengok smua skru yang sambungkan bumper dengan body, semua dan tertanggal. Ganas betul.

 

Camana boleh semua tertanggal, jangan tanya MrJocko, pasal tak reti nak explain. Patut ada enam skru, dan semua tertanggal. Nasi baik bumper ada sambung sikit dengan body, kalau tak dah lama jatuh 🙂

 

Baca : MrJocko dan Cerita Tentang Kereta

So, bagaimana cara nak Tambah Skru Bumper Yang Hampir Jatuh? MrJocko singgah di kedai aksesori Brothers Kelana Jaya cari skru yang sesuai. Memang ada. Pelbagai jenis, pilih jer mana yang nak. Harga cuma RM0.50 setiap satu. Beli dan pasang sendiri, mudah sahaja. Hanya perlukan skru driver sahaja. Mudah kan?

 

 

 

MrJocko.com

Exit mobile version